Apa yang kita ada tak kan kekal tapi ianya adalah harapan yang perlu diusahakan. Berada pada saat ini jangan dinanti sedetik ke depan. Jangan juga dikenang sedetik di belakang. Yang ada saat ini usahakan sebaiknya. Biar ada berkat pada hasilnya walaupun sedikit cuma. Kerana kita selamanya hamba yang akan terus meminta dicukupkan segala sedangkan tubuh masih belum basah dengan peluhan keringat yang cukup penat.
Sungguh sayangkan umat?
Lekas bangkit berjihad. Biarpun dengan pena dan dakwat. Setitis atau sebaris tetap akan diangkat. Nabi sudah peringat. ITQAN dan SABAR jadikan penguat. Selamat berlayar dan mendarat dengan cermat dan selamat!
Jiwa bergerak, pengemudi gerabak warisan anbiya' :)