Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Pilu.

'Terima kasih banyak-banyak. Bawak kereta elok-elok. Jangan laju-laju.'

'Aku dah biasa dah.'

'Kau jangan. Sorang kawan aku dah pergi. Aku tak nak sorang lagi pergi.'

Tragis. Saya menangis dalam hati. Tabahnya insan ini.

Mengimbau babak-babak memilukan. Dalam perjalanan pulang dari COMPASS'13 di Tanjung Lumpur, kami mendapat panggilan daripada kak Ct.K.

'KA ada? Nak cakap dengan dia kejap.'

Innalillahi wainnailaihirajiun.

Saya dengan kak Rabi di bahagian penumpang di belakang masih termagu. Apa yang berlaku?

Lantas dia mendail nombor telefon yang berkenaan.

'Kenapa tak angkat ni? Betul ke?'

'Try call orang lain.'

Lantas dia mencari nombor telefon lain untuk dihubungi.

'Salam. Eh, betul ke berita Lah tu? Dia accident dekat mane?'

Ketika itu 2 orang yang dipanggil Lah terbayang di fikiran saya dan kak Rabi. Lantas saya membuka facebook untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Ingin bertanya tapi situasi seakan tegang.

Salam takziah dari facebook PCS untuk Pengerusi mereka Allahyarham Abdullah Azhari.

Saya dan kak Rabi terpana. Kami terus membisu. Terkejut dan sebak. Biar berlainan universiti, kami turut merasai tempias pemergiannya.

Cantik aturan Allah. Perjalanan pulang ke Selangor saya dan kak Rabi bersama sahabat baik, teman sebilik arwah. Cepat juga berita tersebut sampai kepada kami. Peringatan paling tepat buat saya. Allah..

Benarlah, kematian itu adalah peringatan paling dekat dan tepat. Pemergian arwah amat dirasai. Alam juga seolah-olah menangisi. Hujan renyai sepanjang perjalanan pulang. Seorang hafiz dan pemimpin yang disegani. Keberadaannya disenangi, pemergiannya dirindui.

Allah, himpunkan kami semua di syurga nanti.

Saya mula muhasabah. Perginya arwah ditangisi insan-insan yang menyenangi beliau. Ada yang berkata, tanpa arwah kepimpinan terasa tempang namun apa yang ditinggalkan menjadi tongkat. Allah.. Layaklah pemergian arwah dirasai.

Adakah pemergian saya nanti akan dirasai? Cukup sudahkah baktiku untuk umat ini? Baik sudahkah amalan pemberat hisabku nanti? Layakkah aku disayangi dan dicintai Rabbi?

Mengalir airmata tatkala melihat newsfeed. Membaca status KA sahaja sudah cukup membasahkan kelopak mata yang sudah lama kering.

Moga Allah menempatkan arwah bersama para solihin, 'abidin, 'amilin. Al-fatihah..

Sunday, August 26, 2012

Ini Cerita Kami ^^

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari terakhir kuliah. Siti seperti biasa bersiap untuk ke kelas. Bimbang lewat kerana jarak antara rumah  dengan kuliah tidaklah dekat dan tidak pula jauh. Akan mengambil masa yang pasti. Berjalan di dalam kawasan gama'ah sudah menuntut separuh perjalanan selepas turun dari tremco di mahattah ke fakulti perubatan. Itulah rutin seharian pelajar-pelajar tibb banat pada hari kuliah. Boleh buat race tahu siapa paling awal sampai ke kelas! 

Sementelah Siti bersiap, diperhatikan sahabat serumahnya masih terbaring di atas katil empuk. Tidak menunjukkan tanda-tanda mahu ke kuliah seperti biasa. Hairan. Pelik. Didekati dan rapati dengan kasih sayang seorang sahabat.

"Amirah, kau tak nak pergi sekolah ke?"

Pergi ke sekolah memang menjadi kata ganti untuk kuliah bagi pelajar-pelajar banat. Tak mahu rasa sudah di universiti kata mereka.

"Perut aku sakit la. Tak tahan sangat ni," balas Amirah.
"Kau makan tak semalam. Gastrik ke?"
"Aku makan. Tak tahu kenapa. Jom teman aku pergi klinik. Sakit sangat ni," pinta Amirah.

Dengan pantas Siti mencapai apa sahaja yang boleh dipakai bagi menutup rambutnya. Tak sanggup dia melihat sahabatnya itu terus mengerang kesakitan.

*******

Di kelas.

"Mana Siti dengan Amirah ni? Dah pukul 8.30 dah ni." 

Nur, memang sangat prihatin terhadap rakan-rakannya. Nak tahu siapa yang tiada dalam kelas tanyakan sahaja padanya.

"Kejap lagi sampai la tu. Bangun lambat barangkali," Syairah terus berprasangka dalam masa yang sama pantas menghantar pesanan ringkas kepada Siti dan Amirah.

Dekat mana? Tak datang kelas ke? 

Sent.

Selang beberapa minit, ada pesanan masuk tanda pesanannya tadi dibalas.

Kitorang dekat Az-Zahra' ni. Amirah sakit.

Siti balas.

"Amirah sakit la. Depa dekat Zahra' sekarang ni," bisik Syairah kepada Nur.

Fokusnya seakan lari. Buku Biochemistry yang ditenungnya boleh berlubang. Penerangan dukturah di depan juga bagai angin lalu. Masuk telinga kanan keluar semula telinga kiri.

Selesai kuliah untuk tahun ini.

Semua pelajar menyalami dukturah selepas menyanyikan ucapan terima kasih dalam pelbagai bahasa. Itulah pelajar Tahun 1 tibb banat Universiti al-Azhar. Sifat keanak-anakan itu masih bersisa di dalam jiwa mereka.

"Nani, jom ziarah Amirah. Dia sakit," ajak Syairah.

Mereka serumah. Sekali dengan Nur. 

"Okay, boleh juga," balas Nani ringkas. 

Kelas masih riuh-rendah. Ada yang terus berdiskusi apa yang dipelajari tadi. Ada yang saja menghabiskan masa dengan bersembang kosong. Ada yang terus mengangkat kaki meninggalkan kelas.

Nur, Syairah dan Nani antara yang mengangkat kaki meninggalkan kelas. Mahu ziarah Amirah.

*******

- InshaAllah, akan bersambung nanti. Ada penulisan yang perlu diaulakan. 
- Maaf, lambat menunaikan janji dalam post sebelum ini




Monday, April 16, 2012

Sungguhpun tak berbunga..

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركته


kita takda dalam gambar, nanti kena amik gambar balik!

Buat sahabat-sahabat perjuangan;


Menggamit memori pertemuan dan permulaan
Mengorak langkah mengejar cita-cita
Berlindung di bawah Arasy mengimpul mesra
Ukhuwah terbina berpaksi cinta-Nya

Manis,
Bila dihias iman
Manis,
Bila disubur taqwa
Manis,
Bila diselit peringatan
Manis,
Bila dicalit teguran

Sungguh hati ini makin tersentuh
Dari segenap ceruk kita bersatu
Dari segenap budaya kita berpadu
Di bumi kinanah yang debunya berharga berlian
DIA menyatukan

Pahit perjalanan,
Dirembes hikmah
Pahit perjuangan,
Diletak rahmah
Pahit pendakian,
Disusun mahabbah
Pahit pencarian, 
Ditemukan ibrah.

Hati diikat, jiwa diperkuat
Tangan dijabat, langkah tersemat
Bila manis itulah berkat
Bila pahit kuatkan semangat
Menggenggam erat amanah serta azimat
Ibonda, Ayahanda, serta Umat!


#Selamat bermuraja'ah, bermujahadah & merebut najah!
MUMTAZ imtihan, IMTIYAZ akhiran :)

p/s: Maalish, kita tak sepuitis kalian.



160412:1142am
H7, Madinat Nasr
Egypt :)

Friday, May 27, 2011

Pesanan buat sahabat.

Dengan nama Allah, jemari mula mengatur gerakan. Yeay! Senaman jemari yang lama ditinggalkan untuk menitip madah di blog ini akhirnya dilaksanakan juga. Baik! Mari kita hadiahkan selawat dan salam buat Penghulu sekalian ummat. Assolatuwassalam'alarosulillah~ Sekudus doa kesejahteraan dan kebaikan sentiasa dipohon buat kedua ibu ayah tercinta, keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat serta saudara seagama. Kullukum bikhair, inshaAllah!



Rindu itu sedih=manis.





Apakah? Buat sahabat-sahabat terdekat pasti kalian memahaminya. Saya sedang merindui sahabat-sahabat saya lantas mengundang rasa sedih di hati dan itulah tanda manisnya ukhuwah. Dapat formulanya? Rindu itu sedih=manis!










sahabat-sahabat yang dirindui




Walau amatlah sedih, boleh dikatakan tiap kali berhubung dengan sahabat-sahabat dengan SMS, YM, Facebook, calling saya rasa mahu gugur berjurai manik-manik jernih dari kelopak mata (terlalu emosi saya kira) sedaya upaya saya menceriakan suasana. Walau dengan hanya mengukirkan senyuman bergulakan peria. Kadang-kadang saya rasa saya akan keseorangan di alam baru nanti. Rata-rata mereka ada 'geng lama' yang akan menemani langkah di arena baru, saya pula masih tercari-cari 'geng baru'. Ibu kata, dalam hidup ni kita akan sentiasa jumpa kawan baru. Ya! Saya memang suka kawan baru tapi sahabat itu takkan ada yag sama. In other words, I'm fearing to face new world with new mates. (oh, mengapa?)





Iman bagaimana?





Saya kira itu petanda iman saya kian merundum. Saya takut untuk hadapi cabaran dan tarbiyyah sebenarnya. Bukan takut untuk menghadapi dunia dan kenalan baru. Kan? Kan? Lihat saja meraka yang sentiasa menaik taraf pangkat imannya, tiada gentar atau takut. Segalanya diharungi dengan tenang dan redo. Alhasil, proses kehidupan mereka menjadi sangat indah dan terarah dengan halawatul iman yang dimiliki! Saya perlu mujahadah lagi untuk itu. Anugerahkanlah kebesaran dan kemanisan iman kepada saya dan mereka yang sedang membaca tulisan saya ini, ya Allah. Tiup-tiupkanlah doa kalian untuk saya ya. Moga saya akan terus-terusan dikurniakan teman yang baik-baik untuk melangkah di muka bumi ini.





Tak perlu seindah dan serupawan Fatimah, cukuplah pekerti yang baik menjadi hiasan. Tak perlu sekuat dan sehebat Umar, cukuplah iman dan amal menjadi pertahanan. Tak perlu semewah dan sekaya Uthman, cukuplah budi menjadi bekalan, Allah menjadi tujuan. Bukan saya mengharap yang sesempurna itu, tapi sebagai garis panduan. Sedangkan diri saya pun belum cukup bagus apatah lagi sempurna! Itulah pentingnya teman di perjalanan. Saya mahu teman untuk sama-sama mencari dan berusaha menjadi seindah Fatimah dengan pekerti yang luhur, sehandal Umar dengan iman dan amal yang mantap. Yang penting semuanya kerana mengharap redo Allah!





Pesan buat sahabat.






adik-beradik saya selama 5 tahun di semashur


Sahabat-sahabat yang dikasihi dan akan terus disayangi kerana Ilahi,



Semoga perjalanan kalian diiringi rahmat dan berkat dari Ilahi. Ingatlah segala amanat dan pesanan daripada ibu dan ayah kalian untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat buat kebanggaan keluarga dan ummat. Jangan disia-sia ilmu dan pedoman daripada guru-guru yang berbakti membekalkan azimat penguat. Simpanlah hilaian, kedukaan kita bersama buat kenangan di kala teringat. Tingkatkan amalanmu seiring tingginya ilmumu. Biar jauh di rantauan mahupun di tanah sendiri, dampingilah teman-teman yang soleh agar boleh seiringan menuju ke destinasi yang sama. Daku di sini akan terus mendoakan yang terbaik buat kalian. InshaAllah, dengan izin Yang Maha Kuasa kita akan dipertemukan jua suatu hari kelak bilamana semua telah berjaya menggenggam julungan ijazah dan berbakti demi watan serta ummah. Ukirlah namaku dalam doa kalian. Semoga ukhuwah yang bermula dengan lafaz Bismillah diakhiri dengan lafaz Innalillah.



Sahabat yang akan terus merindu..



~FullTimeKhalifah~

Friday, February 18, 2011

Ubat Rindu.. :)

Bismillah wa syukur lillah! Betapa besar nikmat yang dikurniakan Ilahi, setiap detik tiada henti. Alhamdulillah! Selawat & salam buat pujangga umat, Muhammad khatimul anbiya'. Seluruh dunia meraikan sekaligus memperingati sejarah kelahiran Baginda S.A.W. Wajar diingati keraian dan peringatan ini bukan sekadar pada tanggal 12 Rabiulawal tapi setiap detik dan masa sehingga ke akhir hayat. Biar sirah perjuangan kekasih ulung itu dihayati dan diambil iktibarnya untuk dijadikan nadi penguat di jalan perjuangan. Syukran, Ya Habibullah! Tanpamu mana mungkin kami merasai nikmat keindahan iman dan Islam. Tanpamu jua mana mungkin kami mampu menjadi pewaris generasi mukmin dan muslim. Syukur! Syukur! Dan terus bersyukur kerana kita terus dilimpahkan dengan 2 nikmat yang cukup besar ini.



Hampir menitis air mata ini tatkala membayangkan sahabat2 serta keluarga menghadap baginda yang menahan sakit sakaratul maut. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Lihat, insan mulia yang dijamin syurga juga turut merasakan sakitnya sakaratul maut itu inikan pula kita yang belum pasti destinasinya. Ya Allah, permudahkanlah sakaratul maut kami.



Dalam merindui perjuangan yang dibawa Rasulullah, kerinduan bi'ah tarbiyyah di sekolah bersama sahabat2 turut menjengah. Inilah yang dikatakan manisnya ukhuwah perjuangan, mungkin. Ya, kerana ajaran yang disampaikan baginda jugalah ukhuwah ini bertaut. Betapa masyurnya aura perjuangan Rasulullah sehingga jiwa2 yang berusaha menyambung perjuangan baginda turut merasai kemasyhurannya. Namun, ianya tidakkan sama sebagaimana perjuanganmu, Habibullah. Kau lebih tabah, lebih gagah, lebih hikmah. Sedangkan kami mudah lelah, mudah patah, mudah rebah. Ya Rabbul 'Alam, kurniakanlah kami kekuatan jiwa seperti kuatnya jiwa kekasihmu. Biar tidak sekuat baginda cukuplah secebis daripadanya.

Rindu itu adalah anugerah dari Allah,

Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu..


Syukur! Rindu itu anugerah. Setiap rasa itu anugerah juga. Perlu disyukuri dan diurus dengan hemat. Suasana tarbiyyah di sekolah sangat berbeza dengan suasana tarbiyyah di luar. Dugaan dan arusnya, mungkin. Tanpa disedari inilah peredaran hidup. Perkembangan dari alam sekolah ke alam dewasa. Perlukan kekuatan jiwa di situ. Bukan sesuatu yang baru dipelajari dan difahami tetapi memerlukan kematangan diri terus mempelajari dan memahami. Hakikat hidup hamba, perlu bersusah untuk menikmati lazatnya nikmat kehidupan ini. Sesekali iman digoncang dengan ujian daripada Allah. Sebagai hamba harus akur dan perlu ditingkatkan lagi sesi perhitungan di dalam diri. Ujian itu sesuai dengan kemampuanmu, percayalah! Namun, perlu juga direnungkan. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa mengingatiNya, jangan hanya ketika musibah menerpa.



p/s: Salam Maulidurrasul 1432H! Rindunya sahabat2..

p/s: Ubat rindu; Ingat Allah selalu! Hidup insan takkan kekal, akan hadir dan pergi jua.

klik pd gmba ini untk melihat hasil video, khas untk sahabat 7S

Salam rindu;

FullTimeKhalifah

Wednesday, February 2, 2011

Ada Apa Dengan Cita..?

Salam Mahabbah buat semua. Alhamdulillah, segala pujian buat Ilahi atas nikmat yang tidak putus2 diberikan buat seluruh makhluk ciptaanNya. Assolatuwassalam, selawat & salam juga buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad S.A.W.. Semoga kita semua bakal memperoleh syafaat baginda kelak, insyaAllah. Buat kedua ibu & ayah, syukran kasir atas kebaikan kalian yang teru-terusan mengingatkan diri yang sering leka. Rasa syukur yang tak terhingga atas segalanya. Peluang yang diberi bukan percuma dan jangan sekali disia-siakan. Manfaat! Manfaat! Manfaat! Ya, itulah yang cuba diisi di kesempatan yang dipinjamkan Illahi. Gentar jiwa bila khabar kematian insan disampaikan. Sungguh, kematian itu hampir! Jadi, manfaatkan setiap detikmu. Teringat pesan ustaz, semakin bertambah detik semakin berkurang usia. Nyata tersurat maksudnya. Usiaku semakin berkurang! Mari tingkatkan iman, amal & taqwa kepadaNya..

Cukup, cukup! Berbalik kepada maudu'. Mungkin suka kiranya perkataan cita itu ditambah dengan huruf 'N' ditengahnya. Maka jadilah cinta. Usah khilaf. Cita & cinta sering menjadi hal yang sentiasa membuat seorang itu terkurung dalam dilema. Bila cita2 dikejar, cinta terabai. Jika cinta kepada Illahi & Rasul yang terabai, anda di ZON BAHAYA! Namun, jika cinta buat buah hati pemegang jantung, kekasih terang mahupun gelap (insan) terabai, tidaklah luak. Biarkan saja buah hatimu itu bebas. Bebas daripada bebanan dosa & maksiat yang sebenarnya mengherat dirimu juga. Kata2 ini dipegang, lepas kejar cita2 baru kejar cinta. Ya, pesanan keramat yang sentiasa diingat. Selagi belum tercapai cita2, jangan jadi mangsa cinta manusia. Mungkin cinta itu tidak perlu dikejar kerana cinta itu ibarat rama-rama, semakin dikejar semakin lari. Biarlah cinta Illahi, Rasul, Ibu & Ayah serta keluarga dan sahabat yang mengiringi langkah mencapai cita2mu.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Isra':32)

Lihat, Tuhanmu memberi amaran. JANGAN MENDEKATI!! Mendekati sudah ditegah inikan pula melibatkan diri. Tiada ikatan yang sah antara nisa' & rijal itu melainkan pernikahan. Berpacaran atau sinonim digelar ber'couple' di usia mentah ini bukanlah pilihan yang terbaik bagi saya. Khuatir juga cita2 yang dikejar berciciran dek kerana cinta yang belum pasti setianya. Pengalaman diulit warna-warna cinta remaja banyak menyedarkan saya supaya sentiasa berhati-hati dengan ikhtilat. Syukur, Allah masih menyayangi saya ketika itu. Hidayah & nur haq dipancarkan sedikit demi sedikit ke dalam jiwa. SYUKUR! Kebenaran & kebatilan dibezakan. Saya melihat keasyikan melalui kebenaran. Namun, saya tetap akui keasyikan cinta tersebut juga membuatkan saya sentiasa berseri-seri tetapi cita2 saya hampir saja terkandas. Justeru, kebenaran dipilih kebatilan ditinggalkan. Sekali lagi SYUKUR saya dikurniakan kekuatan untuk menolak cinta yang fana itu demi cinta Illahi & cita2 yang diimpikan.

"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(16:119)

Pesan bonda, jika bercita2 mahu menjadi doktor jadilah doktar yang boleh merawat masyarakat di samping merawat penyakit pesakit. Jika bercita2 menjadi jurutera jadilah jurutera yang boleh membina ketamadunan masyarakat di samping membina menara mencakar langit. Jika bercita2 menjadi guru jadilah guru yang mampu mendidik jiwa pelajar di samping mengajar pelajar. Pokoknya, walau apa pun cita2 yang diimpikan berusahalah untuk mencapainya di samping memulihkan umat. Wah, rumit! Tapi fahamilah. Itulah sebaik-baiknya. Kitalah yang bakal mencorak ketamadunan umat melalui profesion masing2. Renungkan... Walaupun begitu, cinta itu fitrah tetapi haruslah bijak menguruskannya. Patuhi syariatNya, lakukan suruhanNya, tinggalkan laranganNya. Kejarlah cita2 kelak pasti cinta ditemui. Jika kita bercita2 & berusaha menjadi yang terbaik, insyaAllah laluan menemui cinta sejati itu dimudahkan oleh Yang Maha Pencipta. Jadi, mari bercita2 menjadi yang terbaik! Amati lagu Kerana Cinta ini.


* InsyaAllah, pada kesempatan yang lain akan dikongsi warna-warna cinta yang pernah dilalui untuk dijadikan iktibar buat semua. Saya tidak mahu rakan2 saya melakukan kesilapan yang pernah saya lakukan kerana SAYA SAYANG SAHABAT SAYA.. (^^)


Mencari Redha Ilahi, cinta sejati..

fullTIMEkhalifah

Sunday, January 23, 2011

Pujian @ Ujian?

Bismillah wa Alhamdulillah!
Syukur! Syukur! Syukur! Infiniti syukur kepada Ilahi. Segala urusan dimudahkan & dilancarkan dengan kehendakNya. Selawat serta salam juga buat junjungan mulia, pujangga seluruh ummat, Nabi Muhammad S.W.T. Hati & jiwa diusik kerinduan pada Baginda bila mendengar lagu daripada kumpulan Raihan, Alangkah Indahnya Hidup Ini. Bait-baitnya yang amat mendalam & terkesan buat insan yang mendengar. Terkenang perjuangan yang perlu disahut & disambung untuk menegakkan syariat Islami. Ayuh, terus melangkah! Memang penat, memang payah TAPI usah meluat, usah mengalah kerana imbalannya kemanisan tak sudah. Bukankah MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS?! Fikir, fikir, fikir..

Allah Maha Bijaksana! Cintaku padaNya diuji & dipuji. Ya, lihat DIUJI & DIPUJI. Kalimah yang hampir sama tapi sangat berbeza. Pujian cuma perlu dibuang 'P" pada pangkalnya untuk menjadi ujian. Diuji itu sangat digeruni & ditakuti manakala dipuji itu sangat disukai & dicintai oleh manusia. Ana juga! Kita sering diuji dengan pujian. Perkara baik yang disukai pasti mendapat pujian maka menjadi ujianlah kepada yang mendapat pujian. Fahami & selamilah. Mari, murnikan semula hatimu. Sucikan kembali niatmu. Lakukan lillahi ta'ala.. Berjuang, berkorban demi cinta kepadaNya! Bersyukurlah jika dirimu berjaya memberi manfaat & dimanfaatkan. Bergembiralah jika seseorang mampu memperoleh sesuatu yang payah ditemui melalui dirimu kerana ganjaran yang diterima berlipat ganda selagi sesuatu yang ditemui itu dimanfatkan, insyaAllah.
Buat sahabat, bantulah diriku mencari redhaNya, meraih cintaNya & menuju syahid di jalanNya. Mari sama-sama kita bergandingan mencari, meraih, menuju segala-segalanya kerana Pencipta kita. Usah dekatiku kerana kebaikan yang dipinjamkan kerana mungkin bila kebaikan itu dipulangkan kau tinggalkan diriku keseorangan kebingungan. Ayuh sinari ukhuwah kita dengan ikatan janji keranaNya, ukhuwah fillah abada! Cinta kita kerana Allah..

.. :biar ukhuwah bersemi selamanya: ..
fullTIMEkhalifah

Sunday, December 26, 2010

Surat Terakhir Buat Sahabat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.

Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.

Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.

Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi. Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.

"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."

Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :

"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."

Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)

Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.

Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.

Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu... (dipetik daripada iluvislam)

*****************************************************************

biar ukhuwah bersemi selamanya.. :)

Tuesday, December 14, 2010

Kenangan Indah

Bismillahirrahmanirrahim..




Biar ukhuwah bersemi selamanya.. (^^,)


Tuesday, September 14, 2010

Dont Be Sad, Dear..

Salam alaik! Yea, dapat meng'update' blog ni lagi. Alhamdulillah. Hehehe.. Sedang jari sibuk mengklik pautan di iLuvIslam.com tiba2 tertarik pada 1 artikel tazkirah yang di'post'. Mungkin dah lama di'post' tapi baru perasan & terkesan di hati. Moga peroleh manfaat ya! (;

_______________________________________________________

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. Sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.


Jangan Bersedih...

Cinta Allah dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...

Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia

Jangan Bersedih...

Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas

Jangan Bersedih...

Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri

Jangan Bersedih...

Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa

Jangan Bersedih...

Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih...

Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih...

Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih...

Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya

Wahai sahabat, janganlah bersedih,

Dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

________________________________________________________

Tazkirah ini untuk diriku juga. Jangan berdukacita! Setiap satu tu punyai hikmahnya. Entah kenapa, rasa di'inspire' oleh artikel ini. Wah! Trimas pada yang menulis ya. Anda berjaya memberi semangat baru kepada saya. Tq! Tq! Sekian, wassalam. (:

withINSPIRED,

FullTimeKhalifah


Tuesday, April 20, 2010

Sahabat NKI30 :)

Tajuk: Sahabat Sejati
Munsyid: UNIC


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya

Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


*******************************************************************************************************************

Lagu ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat Nadwah Kepemimpinan Islam ke-30. Moga ukhuwah yang terjalin kekal buat selamanya. Uhibbukunna Fillah Abadan Adaba!! Allahu Akbar!!

(amirah, yana, salwa, aleea, ema, ainin, wani, fatihah, am, fatin)



TemanSejati, SentiasaDiHati;
FullTimeKhalifah :)

Saturday, December 5, 2009

Just do it, friends!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Lama benar tak menulis! Assif, ada yang perlu diutamakan drpd menulis di blog ini, mungkin.. ;D
Apa2 pun Alhamdulillah diucapkan atas kesempatan yang diberikan Illahi..
Syukran, Al-Khalid!!
Tidak ada apa yang menggusarkan akhir2 ini, Alhamdulillah!!
Cuma ada antara sahabat2ku sudah mula mengeluh. Keletihan atau kelelahan, mungkin..?
Mungkin, kan?

Sahabatku,
Bukankah kita pernah berjanji untuk terus bersama di jalan ini..?
Biar setajam mana duri menyusuk, kita akan terus bersama..
Ingat, sahabat..
Ujian yang dititipkan kepada kita dalam pelbagai rupa mengikut kemampuan masing2..
Kita sama2 pernah diuji..
Tika aku diuji, kau bersungguh menyunting kembali semangatku..
Namun, ke mana hilangnya semangatmu itu, teman..?
Aku ada di sini untuk bersama-samamu..
Lekas, bina kembali roh perjuangan kita..!
Eratkan genggaman kita mengatur langkah meneruskan perjuangan..



watikah 2009


..Rabitah Hati, buat rakan2 seperjuanganku..

Hati ini telah bersatu berkumpul di perut bumiMU,
Hati ini telah berpadu memikul beban dakwahMU,
Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat,
Untuk mendokong syariatMU,
Maka, Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada..
Kekalkan kemesraan yang ada,
Tunjukanlah jalan yang benar,
Tunjukanlah dengan cahayaMU,
Tiada malam terangi alamMU,
Hidup suburkanlah dengan ma'rifatMU,
Tapi jika ingin mematikannya,
Matikanlah sebagai syuhada'.
Dalam perjuangan menegakkan,
Agama yang tercinta... :')


ikhlas,
..sahabatmuselamanya..
-full time khalifah-
:D

Sunday, August 2, 2009

Sahabat :D

..Alhamdulillah 'alakullihal..

Kepada sahabat/teman/rakan seperjuangan.
Siti Syazana bt Zakaria
Hani Yasmin bt Hj. Yahaya
Hanisah bt Ibrahim
Raihan Izzati bt Aminuddin
serta sahabat2 yang lain...
(rakan2 di Sk3B)

Saya rindu pada kamu semua..
Biarpun detik masa makin terus berjalan,
Biar hari, bulan, tahun silih berganti,
Kalian tetap di hati saya..

"Sungguh setiap mukmin itu bersaudara....."
(al-Hujarat:10)

Kenangan alam kanak2 masih teringat.. Pelbagai ujian kita tempuh bersama dalam mentarbiyah diri menjadi insan berguna.. Ukhuwah kita dihiasi suka duka, gelak tangis, dundah dan gembira..

Indah bukan ikatan sohibiyyah kita?
Yang jelasnya hanya 1, Kerana kita bersahabat dan bersaudara..

Jalinan kita indah, seindah bungaan di taman.. Ketahuilah, rasa kasih dan sayang antara kita yang membuat kita terus diikat.. Rasa itu kerana Rabbul Jalil.. Saya mengasihi kalian kerana-Nya.. Anugerah ukhuwah ini pemberian Illahi yang perlu disyukuri.. Bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang insya-Allah boleh menjadikan kita insan toyyib.. Tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah sebab...................

Kita bersaudara! :D
Dan akan terus bersaudara kerana Allah taala, INsya-Allah..


biar ukhuwah bersemi selamanya.. :)