Saturday, November 7, 2009

..:Tenang:..

Ahlanbina wamarhabanbikum!

Alhamdulillah, syukur atas kesempatan yang diperoleh untuk menulis di blog ni.. :D
Lama benar tidak menjengah di sini.

Sekadar menyuarakan kata hati..
Alhamdulillah, sepanjang sesi persekolahan kali ini perjalanannye tenang saja.
Tapi masih punya cabaran. Benarlah pepatah, bumi mana yang tak ditimpa hujan.
Namun, pengalaman mengajarku bersikap matang. Dalam segala hal, fikir & tafsir hikmahnya.
Bukankah Allah itu Maha Adil? Dia sedia tahu keupayaan hamba-hambanya dalam menghadapi segala cabaran yang diberi, bukan?
Jadi rasional dan lapangkan hati menerima segalanya. :)


Syukur juga, imtihan akhir tahun baru sahaja usai. Walau belum cukup bersedia, imtihan itu mesti dilalui. Mudah-mudahan nyahtijahnya setanding dengan usaha yang dilakukan..Selesai imtihan, pelbagai aktiviiti dirangka untuk mengisi saat-saat akhir persekolahan 2009. Sedar tidak sedar hanya tinggal 2 minggu saja lagi tirai persekolahan 2009 akan melabuh.Wah!!~ Waktu begini perlu dioptimiskan pengisiannya, insya-Allah..Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar..




Terus berjuang untuk Islam..
Full time khalifah :D

No comments:

Post a Comment

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)