Thursday, December 30, 2010

Mujahadah {^_^}

Alhamdulillah 'ala kullihal!

Ya Allah, Kau mengetahui bahawa hati2 ini terlah berkumpul untuk mengasihiMu berpadu memikul beban dakwahMu. Maka Kau earatkanlah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan pemilik hati2 ini dengan kebenaran, Ya Rahman.

Seuntai doa, pemula madah.

Baru2 ini 1 tamrin untuk generasi pelapis pimpinan agama telah diadakan. Alhamdulillah, ana berpelung mengikutinya. Bagus & bermanfaat! Banyak ilmu baru diperoleh & diperbaharui. Syukran lakum! Pengukuhan akidah yang diterapkan menyuburkan lagi semangat menegakkan syariat Ilahi. Moga dikuatkan keazaman ini, Amiin~

Tertarik pada 1 pesanan sahabat Baginda S.A.W;
'Memikirkan tentang Islam itu lebih baik daripada 1000 rakaat solat'.

Baru berfikir belum bertindak. Ayuh fikirkan bersama! Susuli dengan tindakan juga ya.. {^^} Mari korepsi diri kita memandangkan kegemilangan 2010 bakal meninggalkan kita sejauh mana dan sedalam mana kita memikirkan tentang Islam..? *tanyalah imanmu pasti kau temui jawapannya, insyaAllah*

Lihat lagi firman Rabbul 'Alamin;

'Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, mengajak yang makruf dan mencegah yang mungkar serta beriman kepada Allah.....'

(3:110)

Waah! Acap kali diingatkan dengan perintah ini. Pasti punyai amanat yang belum disempurnakan. Perlu muhasabah kembali perjuangan lalu untuk masa hadapan.

Soal aqidah perlu ditekankan! Kenali penciptamu dan agama yang diwahyukan. Teringat perjuangan Rasulullah selama hampir 13 tahun menyeru umat terdahulu mentauhidkan Allah. Lihat betapa Baginda yang menjadi utusan rasmi Ilahi menitikberatkan soal aqidah. Jom fahami dan dalami dengan baik tentang aqidah yang hakiki.

maaf ya, post ini akan disambung kemudian atas sebab2 tertentu.

***********************************************************

Buat adik2ku yang akan pulang ke sekolah masing2, Semoga Berjaya di Dunia & Akhirat! Bahagiakan keluarga kita dengan kecemerlanganmu, insyaAllah! Wassalam~

ikhlas;

fullTIMEkhalifah


No comments:

Post a Comment

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)