Sunday, December 26, 2010

Seungkap madah

Salam ukhuwah buat semua!
May Allah bless all of us always.. {^^}

Semoga semuanya baik2 & ceria2 sentiasa ya. Masuk minggu ke-3 di rumah selepas tamat SPM. Wah! Pantas masa berlalu. Bermanfaatkah detik2 yang berlalu..? Tepuk dada tanyalah imanmu. Baik, renungi firman Tuhanmu;

'Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta sentiasa menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran'
(Al-'Asr: 1-3)

Jadi, golongan manakah saya? Semoga kita semua sentiasa diletakkan dalam kalangan orang2 yang soleh. Ok, selesai. Saya semakin rindu pada semua sahabat2 saya. Ada utusan yang ingin dikongsi bersama kalian. (lihat post di atas)

*****************************************************************

Buat sahabatku sekalian, moga kebenaran itu sentiasa bersama kalian. Jangan sekali kalian ditipu keseronokan duniawi kerana kita ingin selamanya di syurga abadi, insyaAllah! Persahabatan kita takkan berakhir di sini. Sekali bersahabat selamanya kita tetap sahabat..


with love,
fullTIMEkhalifah
(your friend forever)

No comments:

Post a Comment

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)