Monday, December 13, 2010

Selesai..?

Salam alaik, Alhamdulillah!
Sudah sekian lama blog ni terbiar, penangan SPM. Itulah alasan. Tp betul la tu, utamakan yang utama. Menulis blog bukanlah yang utama, jadi bukan satu kesalahan yang besar tak meng'update' blog ni, kan..?

Baik, dah masuk hari ke-6 ada di rumah ni lepas selesai menjawab semua subjek yang diambil. B. MALAYSIA, B. IINGGERIS, TASAWWUR ISLAM, SEJARAH, MODERN MATHEMATIC, PAI, ADDITIONAL MATHEMATIC, PHYSICS, CHEMISTRY & BIOLOGY - all 10subjects!
Thus, 10A+, insyaAllah! Pray for my best and for my friends too..

Sudah hampir seminggu ni juga, hati sudah mula merindui suasana di SEMASHUR SEINDAH NAMA. Rindu pada sahabat2 yang punyai pelbagai ragam & kerenah. Kata orang, memang zaman sekolah la yang kita akan rindu. Ya! Kata2 itu mungkin sudah terbukti. Rindunya~

Bismillahirrahmanirrahim..
'Ya Allah, jadikanlah rinduku dan rindu orang2 yang merindui dan dirindui rindu kepada cintaMu serta mendekatkan diri kepadaMu. Ya Rabb, segala pemberianMu yang ku sayangi jadikanlah ia sebagai kekuatan untuk aku mencintaiMu. Segala yang kau pisahkan dariku sedangkan ia sangat aku sayangi jadikanlah ia ruang untuk aku mencintaiMu dalam diriku. Berilah aku kekuatan untuk aku mengutamakan rinduku kepadaMu berbanding rinduku kepada makhlukMu yang lain. Ya Rahim, berikanlah aku kekuatan untuk merindui para malaikatMu, anbiya'Mu dan hambaMu yang soleh. Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku golongan yang merindui syahid di jalanMu. Kurniakanlah kekuatan untuk aku mencintaiMu sepenuh hatiku dan redhailah setiap usahaku..'
...Amiin...

Macam2 pengalaman yang ditimba dari sekolah ni. Dari situ juga macam2 dibelajar & diajar.
Mereka kata habis sekolah ni selesai dah la semua. Selesai..? Apa yang selesai? Bagi saya, habis sekolah ke habis SPM ke tak bermakna selesai semua perkara. Dekat sekola kite belajar teori untuk hadapi cabaran seterusnya. Jadi perjuangan hidup ni takkan pernah selesai sampai akhir hayat. Berjuang melawan nafsu diri tu yang paling susah dan perlukan iman yang mantap. Di kesempatan yang diberikan ni, jom sama2 kita tingkatkan amal & iman!

ikhlas,
fullTIMEkhalifah

No comments:

Post a Comment

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)