Saturday, February 12, 2011

Ikrar harian..

Bismillahirrahmanirrahin.. (96:1)

Syukur, masih mampu menggerakkan jari-jemari di keyboard. Alhamdulillah! Selawat juga buat kekasih kita, Muhammad S.A.W. Pernah berikrar begini;

'Bahawasa kami pelajar2 sekolah..... berikrar dan berjanji akan patuh pada undang2 sekolah dan asrama, mengambil bahagian cegas dalam kegiatan kokurikulum, menjaga nama baik sekolah.....'

Yang macam ni penah dengar?

A: 'Sahabat, doakan aku sukses tau.'
B: 'InsyaAllah, aku doakan.'

A: 'Aku dah banyak kali doa tapi....'
B: 'Sabar, doa lagi. Jangan berhenti berdoa.'

Pernah? Pernah? Itu adalah monolog antara hamba dengan hamba. Sementara doa itu pula monolog antara hamba dengan Yang Maha Mendengar. Kita acap kali mendengar sahabat2 berlumba-lumba dan menasihatkan untuk sentiasa berdoa mohon kecemerlangan, mohon kesejahteraan, kebahagiaan dan sebagainya. Yang pasti setiap jiwa berdoa untuk kebaikan dirinya. Segala kebaikan dipinta dan dilafazkan dengan penuh harapan permintaannya itu diperkenankan. Kebaikan di sini bersifat subjektif seperti kebaikan dalam kesihatan, kewangan dan lain2. Tapi adakah kita faham dengan apa yang difirmankan oleh Allah;

“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (40:60)
Berdoa kemudian Allah perkenankan, begitu? Secara umumnya, ya Allah bakal memperkenankan segala yang kita doa. Tapi bagaimana? Bila? Di mana? Itu urusanNya.


Doa Itu Umpama Ikrar


Sedar atau tidak, sebenarnya dalam kita berdoa kita ibarat mengikat perjanjian dengan Allah? Pasti ramai tertanya-tanya, kita berdoalah macam mana boleh berjanji? Fikir, fikir, fikir..

'Ya Allah, ampunilah dosa2 kami, dosa2 kedua ibu bapa kami, dosa2 ahli keluarga kami, dosa2 guru2 kami, dosa2 sahabat handai kami, dosa2 seluruh umat muslimin........'
Kita semua mesti pernah membaca atau mengaminkan doa ini bukan? Memohon ampun daripada Yang Maha Pengampun buat diri kita, ibu bapa kita, ahli keluarga dan mereka yang selalu disebut dalam doa kita. Tapi sejauh mana tekad & keyakinan kita untuk memansuhkan dosa2 tersebut..? Semakin pusing..

Baik, sebagai yang sedia maklum Allah itu sememangnya Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Allah berhak atas segala urusan di langit dan di bumi. Kita gunakan prinsip 'what you give you'll get it back', apa yang awak buat awak akan dapat balik. Samalah seperti berdoa. Seperti doa di atas, kita amat mengharap agar segala dosa kita dan dosa mereka yang kita doakan diampunkan oleh Allah. Ya, lihat kita mengharap!

Bagaimana kita mengharapkan hasil tuaian yang banyak dalam sebidang tanah yang besar jika usaha yang disalurkan hanya sedikit..? Bagaimana kita mengharapkan seekor ayam yang berharga RM8 sedangkan duit di poket hanya sekeping not bernilai RM5..? Bagaimana kita mengharapkan kejayaan dan kecemerlangan sedangkan ketekunan dan kegigihan hanya secubit..? * takde kaitan saya kira..

Begitu juga dengan doa. Kita mengharapkan Allah mengampunkan kita. Jadi perlulah berusaha agar kita diampunkan. Bukan semata-mata berdoa tetapi perlu ada tindakannya. Perkara2 yang mendatangkan dosa semestinya perlu ditinggalkan. Berusaha meminimakan sekaligus men'zero'kan catatan dosa. Ya! Itulah langkahnya kerana kita berdoa supaya diampunkan dosa2 kita. Pelik bukan jika kita tidak henti2 dengan doa supaya diampunkan dosa2 kita tetapi masih terus bergelumang dengan dosa? Justeru, bertindak sepadan dengan apa yang didoa. Awasi setiap gerak geri kita dan bantulah mereka yang kita doakan daripada memasuki zon2 dosa. Inilah yang dikatakan doa itu umpama ikrar. Ikrar kita dengan Yang Maha Mendengar.

'Ya Allah, hiasilah diri kami dengan akhlak yang terpuji serta kesihatan yang baik....'
Kita memohon supaya Allah memberi kita akhlak yang terpuji dan kesihatan yang baik. Ini bermakna kita berikrar untuk berusaha menghiasi diri kita dengan akhlak terpuji yakni memperbaiki akhlak di samping menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat. Ya! Kita berikrar secara tidak langsung dalam doa kita. Doa jangan hanya semata-mata doa. Ia juga perlu diiring dengan usaha dan langkah untuk memastikan doa kita dimakbulkan. Allah tidak mengharapkan apa2 balasan daripada hamba2Nya kerana Dialah Yang Maha Kaya & Maha Perkasa. Cuma perlu dipraktikkan adab meminta. Sebelum mendapatkan sesuatu, sesuatu juga perlu diberi.


Sama juga dengan doa memohon agar diberi keputusan yang cemerlang. Untuk memperoleh keputusan yang cemerlang perlu didahului dengan usaha dan ikhtiar yang gemilang. Berdoa itu seolah-olah motivasi dan ikrar untuk kita berusaha bersungguh-sungguh menjadi cemerlang, gemilang, terjulang. Setelah diusaha sehabis baik, bertawakallah kepada Allah dan teruskan berdoa dikurniakan kecemerlangan tersebut.

Doa itu senjata mukmin! Berdoalah dan mintalah sebanyak mana pun pada Allah. Tapi perlu diingatkan, berdoalah dengan penuh pengharapan dan keikhlasan. Jika doamu masih belum atau tidak dimakbulkan pasti Allah menjanjikan yang lebih baik daripada apa yang diimpikan. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik tempat bergantung dan sebaik-baik perancang!


*saya budak masih belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. :)

Doakan selalu;
FullTimeKhalifah

No comments:

Post a Comment

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)