Friday, February 18, 2011

..Menghitung Hari..

Bismillahirrahmanirrahim.. (96:1)
Alhamdulillah wassolatuwassalam 'ala Rasulillah!


Menghitung hari, detik demi detik...
Masa ku nanti apa akan ada..
Jalan cerita, kisah yang panjang..
Menghitung hari...

Terus menghitung hingga ke saat itu. Runsing! Runsing! Persiapan diri yang kurang menambahkan lagi kerunsingan di jiwa. Terkadang terasa cukup bersediakah, cukup baguskah? Penantian untuk detik bersejarah itu pastinya akan tiba juga. Walau terasa begitu cepat, ianya perlu ditempuh juga kelak. Persoalannya sekarang bagaimana dengan persiapan dirimu untuk menjadi dan mendapatkan yang terbaik untuk masa depanmu..? Ya, kejat bila memikirkannya. Masa-masa yang berlalu, cukupkah kecintaanku kepadaNya untuk mengharapkan yang terbaik? Iman terus dipersoalkan..

Lagaknya seperti sudah pasrah dengan takdir Ilahi. Oh, bukan dan tidak! Cuma mahu menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat dan ketentuan yang telah ditetapkan. Pasti punyai hikmah di sebalik ketentuannya padaku. Penantian itu memang satu ujian dan penyiksaan. Tapi buat hambaNya yang sentiasa kuat dan sabar itu bukanlah ujian dan penyiksaan yang dikategorikan sebagai permasalahan yang besar.

Apa yang cuba dibicarakan..?




Oh, maaf atas kekhilafan! Hati berbicara tentang keputusan SPM yang akan diumumkan tidak lama lagi. Runsing, resah, sedih, takut, pasrah, reda, dsb terus menyelubungi jiwa. Lagi-lagi bila sahabat2 sudah mula berkata-kata mengenainya. Apa yang dirunsingkan ialah cukupkah persediaan yang lalu sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan? Apa yang diresahkan ialah terbaikkah jawapan yang diberikan ketika berada di dewan peperiksaan? Apa yang ditakutkan ialah berbaloikah usahaku untuk terus bertawakkal dan berdoa memohon keputusan yang terbaik daripadaNya? Kadangkala hati berbisik pasrah dan reda atas segalanya. Peluang itu hanya datang sekali, takkan sama walau punyai kali kedua.

Dalam melafazkan pasrah dan reda pada ketetapanNya, tersemat juga impian untuk mencapai kegemilangan 100% A+!! Harapan dan impian menggunung, terpikul di bahu untuk ibu ayah, keluarga dan umat. Ya, saya mahu berjaya untuk memajukan umat, menegakkan syariat. Kejayaan ini akan membantu saya merealisasikan impian tersebut, insyaAllah. Tapi, sekali lagi keyakinan diri diragut. Untuk mencapai apa yang diimpikan terkadang terasa umpama mengharapkan rembulan jatuh ke riba memandangkan keputusan percubaan yang tidak memberangsangkan. Huh! Berdengus memandang bumi.

[2:112]
Tidak! Barangsiapa yang berserah diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut padanya dan tidak bersedih hati.
Pesanan ayah; Jangan takut pada makhluk, takut hanya pada Allah. Setiap ciptaan & pemberiaannya ada sebab. Untuk dapatkan yang terbaik, berbaik sangkalah padaNya dengan cara yang terbaik!

[2:152]
Maka ingatlah kepada Ku, aku pun akan mengingatimu. Bersyukurlah pada Ku dan janganlah kamu ingkar.
[2: 153]
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan solat dan sabar. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Azimat dan penguat semangat! Apa yang diciptakan itu makhluk. Apa yang diberi itu nikmat. Berbaik sangka padaNya dengan cara yang terbaik..? Setelah diteliti dan diselidik pesanan itu bermaksud yakin yang Allah akan kurniakan apa yang terbaik untuk kita dengan cara kita menjaga hubungan baik denganNya. Perlu perbaiki hubungan dengan Allah! Perindahkan tawakkal kepadaNya setelah berusaha. Perelokkan ibadah kepadaNya. Teruskan berdoa mengharapkan reda dan rahmatNya. Berusaha menjadi hambaNya yang terbaik!

Mohon doakan kecemerlangan saya dan sahabat2 yang lain untuk keputusan yang bakal diumumkan tak lama lagi ya. Semoga kalian dirahmati Allah selalu, insyaAllah!


p/s: Tahniah Hani Yasmin bt Hj. Yahaya! Selamat melangkah ke alam universiti.
* Hani ; sahabat baik saya dari sekolah rendah. Mendapat tawaran SPC MARA untuk menyambung pengajiannya di MSU dalam kos medic. Sebelum ini bersekolah di MRSM TGB, Jasin.
Bicara hati;
FullTimeKhalifah

2 comments:

  1. To my dearest Afiqah Inani Binti Mohd Haslin, thanks a lot!
    Doakan lah aku ye :)
    Sayang afiqah! hehehe~ ^___^

    ReplyDelete
  2. Hani, you are almost welcome!!
    I love you too..
    Blaja elok2, dah dpt lesen nnt insyaAllah aku ziarah ko..

    ReplyDelete

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)