Friday, February 18, 2011

Ubat Rindu.. :)

Bismillah wa syukur lillah! Betapa besar nikmat yang dikurniakan Ilahi, setiap detik tiada henti. Alhamdulillah! Selawat & salam buat pujangga umat, Muhammad khatimul anbiya'. Seluruh dunia meraikan sekaligus memperingati sejarah kelahiran Baginda S.A.W. Wajar diingati keraian dan peringatan ini bukan sekadar pada tanggal 12 Rabiulawal tapi setiap detik dan masa sehingga ke akhir hayat. Biar sirah perjuangan kekasih ulung itu dihayati dan diambil iktibarnya untuk dijadikan nadi penguat di jalan perjuangan. Syukran, Ya Habibullah! Tanpamu mana mungkin kami merasai nikmat keindahan iman dan Islam. Tanpamu jua mana mungkin kami mampu menjadi pewaris generasi mukmin dan muslim. Syukur! Syukur! Dan terus bersyukur kerana kita terus dilimpahkan dengan 2 nikmat yang cukup besar ini.



Hampir menitis air mata ini tatkala membayangkan sahabat2 serta keluarga menghadap baginda yang menahan sakit sakaratul maut. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Lihat, insan mulia yang dijamin syurga juga turut merasakan sakitnya sakaratul maut itu inikan pula kita yang belum pasti destinasinya. Ya Allah, permudahkanlah sakaratul maut kami.



Dalam merindui perjuangan yang dibawa Rasulullah, kerinduan bi'ah tarbiyyah di sekolah bersama sahabat2 turut menjengah. Inilah yang dikatakan manisnya ukhuwah perjuangan, mungkin. Ya, kerana ajaran yang disampaikan baginda jugalah ukhuwah ini bertaut. Betapa masyurnya aura perjuangan Rasulullah sehingga jiwa2 yang berusaha menyambung perjuangan baginda turut merasai kemasyhurannya. Namun, ianya tidakkan sama sebagaimana perjuanganmu, Habibullah. Kau lebih tabah, lebih gagah, lebih hikmah. Sedangkan kami mudah lelah, mudah patah, mudah rebah. Ya Rabbul 'Alam, kurniakanlah kami kekuatan jiwa seperti kuatnya jiwa kekasihmu. Biar tidak sekuat baginda cukuplah secebis daripadanya.

Rindu itu adalah anugerah dari Allah,

Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu..


Syukur! Rindu itu anugerah. Setiap rasa itu anugerah juga. Perlu disyukuri dan diurus dengan hemat. Suasana tarbiyyah di sekolah sangat berbeza dengan suasana tarbiyyah di luar. Dugaan dan arusnya, mungkin. Tanpa disedari inilah peredaran hidup. Perkembangan dari alam sekolah ke alam dewasa. Perlukan kekuatan jiwa di situ. Bukan sesuatu yang baru dipelajari dan difahami tetapi memerlukan kematangan diri terus mempelajari dan memahami. Hakikat hidup hamba, perlu bersusah untuk menikmati lazatnya nikmat kehidupan ini. Sesekali iman digoncang dengan ujian daripada Allah. Sebagai hamba harus akur dan perlu ditingkatkan lagi sesi perhitungan di dalam diri. Ujian itu sesuai dengan kemampuanmu, percayalah! Namun, perlu juga direnungkan. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa mengingatiNya, jangan hanya ketika musibah menerpa.



p/s: Salam Maulidurrasul 1432H! Rindunya sahabat2..

p/s: Ubat rindu; Ingat Allah selalu! Hidup insan takkan kekal, akan hadir dan pergi jua.

klik pd gmba ini untk melihat hasil video, khas untk sahabat 7S

Salam rindu;

FullTimeKhalifah

2 comments:

  1. salam rindu kerana Allah buat adinda yg dikasihi =)
    smga bertemu dan berpisah kita kerana Allah dan semoga Allah redha..amin ^_^

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, kak ana.
    salam rindu buat akak jgk! (^_^)
    ~ukhuwah fillah abada~

    ReplyDelete

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)