Sunday, March 20, 2011

Berpagi-pagianlah!!

Bismillahirrahmanirrahim. Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan! Selawat dan salam buat Rasul junjungan & keluarga baginda seisinya. Syukur kepada Ilahi. Pelbagai nikmat terus-terusan diberi. Dialah yang menciptakan siang dan malam, padanya terdapat tanda-tanda kekuasaan-Nya jika kamu termasuk orang-orang yang berfikir. MashaAllah!

Hampir sebulan blog ini dibiarkan dalam sengaja dan tidak. Maaf dipohon buat sahabat-sahabat yang menunggu blog ini di'update'. Atas urusan dan alasan tertentu kerja-kerja meng'update' dan 'online' terpaksa dihadkan. Tak perlu rasanya disenaraikan semua urusan dan alasan tersebut. Biarlah yang tahu itu tahu. Buat yang tidak, perlu difahami bahawa pengetahuan insan itu memang terbatas.
Wallahu'alam!

.Ingatan buat diri dan teman.


Suka kiranya diselitkan peringatan buat diri dan teman-teman yang dikasihi bahawa Allah itu Maha Luas Pengetahuan-Nya. Tetapi hamba-Nya diciptakan dengan penuh kekerdilan dan banyak benar kekurangan untuk diuji tahap keimanan. Tuhanmu benar-benar menyayangimu. Lihat hikmah di sebalik kekurangan insan. Pemerhatian dan pengetahuan insan yang terbatas misalnya mampu menyembunyikan kekuranganmu daripada diketahui umum. Namun, di arena moden lagi canggih ini kekurangan itu sedikit-sedikit mampu mengatasi tahap keterbatasan tersebut. Wah! Hebat sungguh kemodenan dan kecanggihan itu.

Awas! Awas! Awas! Kepada sahabat-sahabat di Facebook, Twitter, Friendster, MySpace, Tagged, Blogger dsb. gunakanlah kecanggihan ini dengan sebaiknya. Jangan didedahkan apa apa yang telah dihijabkan oleh Allah untuk ditontoni dan diketahui umum. Terang-terangan kelemahan dan keburukan dipersembahkan melalui status, gambar-gambar yang di'upload' dsb. untuk diketahui dan direspon. Na'uzubillah!
*tak perlu diulas lanjut, ramai sudah mengerti saya kira..

Manfaatkan teknologi ini ke arah yang lebih baik. Kebaikan yang disebar-sebarkan akan membuahkan rimbunan pahala daripada Allah, inshaAllah. Sebelum status di'post' teliti dahulu tujuannya. Sebelum gambar di'upload' imbas dahulu kesopanannya. Sebelum cerita di'publish' semak dahulu manfaatnya. Sebaiknya terjemahkan kesyumulan Islam itu di setiap ruang hidup. Sungguh Islam itu agama yang waqieyyah. Mudah, selamat dan praktikal!


Islam tak rugi tanpa kita tapi kita yang akan rugi tanpa Islam.

Fikirlah menggunakan akal yang sihat dan waras. InshaAllah, perubahan menuju ke arah kebaikan akan dimudahkan. Ingat! Yang terpelihara itu lebih diimpikan daripada yang diperaga. :))


.Berpagi-pagilah.

Rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai 'berpagi-pagian' ini. Seawal pagi, kita difardukan dengan solat Subuh 2 rakaat. Bagi mereka yang kental dimulai kehidupan di hari barunya dengan qiamullail. Solat-solat sunat yang dilakukan dalam qiam rata-ratanya dilakukan dengan 2 rakaat 1 salam. Pernah terfikir, kenapa di waktu pagi solatnya hanya 2 rakaat? Kenapa tidak 3, 4 atau 5? Jawapan paling mudah, sebab waktu pagi-pagi orang baru masih mengantuk.

Ada logiknya di situ. Secara umumnya, Allah itu amat-amat mengasihi hamba-hamba-Nya! Pagi-pagi diwajibkan 2 rakaat sahaja untuk kita menyembah-Nya. Terserlah hikmahnya. Manusia yang baru bangkit daripada tidur yang lena biasanya berada dalam kondisi yang lemah. Ada yang mengistilahkanya sebagai 'mamai'. Hanya selepas beberapa minit sistem badan akan kembali seperti biasa. Beberapa minit inilah yang perlu diperuntukkan untuk menunaikan solat Subuh kerana pergerakkan dalam solat itu merupakan senaman ringan yang Allah bagi untuk kita. Banyak fakta tentang kebaikan solat dengan kesihatan manusia. Cubalah meng'google'nya! :))

6.30 pagi, tamam solat. Sambung tidur!

Sabar! Sabar! Sabar! Berpagi-pagianlah. Di situ bermula rezekimu! Mari sambungkan dengan bacaan al-Quran. Setidak-tidaknya, berzikirlah memuji Allah di pagi hari. Jika ke masjid/surau, peruntukkan sedikit masa untuk duduk bersama dalam majlis ilmu. Selepas itu selitkan solat dhuha.

sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Usai, lakukan rutin harianmu seperti biasa! Nikmati ketenangan dan keindahan hari dengan berpagi-pagi. Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi hamba-Nya kenal erti syukur. Wallahu'alam..



p/s: Doakan saya cemerlang dunia & akhirat ye! :)

mujahadah selalu,

FullTimeKhalifah


3 comments:

  1. afiqah! terase kita. hehe. kita cuba re-check post kite next time. hehe. lagi satu, yg bab tidur lepas solat subuh tu pon sama. dushhhh!!! kite kena kuat lagi nih!!! :)

    ReplyDelete
  2. fairuz! fairuz! pesanan tu untk kite jgk. sbbnye aritu ayah kite ade tegur. hehe.. malu je! kne muhasabah blk.. :))
    we must be stronger!! :P

    ReplyDelete
  3. thanks...p'igatan ni sgt bermakna utk kiter.....
    insyaAllah....

    ReplyDelete

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)