Sunday, January 15, 2012

Untuk mereka, makanya saya menulis..

Bismillah.

Lafaz kalimah suci memulai entri ini. Ada yang bertanya, kenapa lama menyepi, tak update blog dan sebagainya. Maka di sini, kali ini saya update untuk mereka yang bertanya dan tertanya-tanya. *ok, ayat ni memang bajet.

Saya mungkin menyepi untuk seketika di alam blogger tapi saya tak menyepi di Facebook, Twitter dan Tumblr. Alasannya, saya diserang wabak M***S untuk menulis di sini. *istighfar* Namun, saya mahu gagahkan diri untuk melenyapkan wabak tersebut demi sahabat-sahabat saya. Ditambah pula dengan kesibukan mengejar cita-cita & cintaNya. Alhamdulillah saya kini sudah berada hampir 4 bulan di bumi kinanah, menyambung pengajian memenuhi impian ibu & ayah, inshaAllah :)

Fatrah imtihan

Ketika inilah jiwa benar-benar teruji. Fatrah imtihan di perantauan jauh lebih teruji berbanding ketika berada di Malaysia dulu. Ketika inilah kerinduan kian membuak-buak. Ikutkan hati setiap saat mahu sahaja menatap wajah-wajah mereka yang dirindui. Tapi saya ambil kata-kata ayah, 'kalau berterusan macam ni, bila nak fokus studynya kakak?'

Meshi, ayah! I got your words..

Saya teringat satu ayat daripada seseorang yang saya lupa orangnya tapi saya ingat ayatnya:
Kejayaan itu permulaannya ketenangan, hikmah di pertengahan & rahmat tatkala memperoleh najah. Tiada yang mustahil bagi seorang muslim yang mukmin..

Ketenangan, Hikmah, Rahmat.

Tatkala insan lain hampir hilang arah, hampir gugur & hilang fokus di medan pertempuran kita tetap tenang mengangkat senjata demi mencapai matlamat. Kita percaya adanya bantuan dari Rabbul 'Alam. Tenang, tiada ragu dengan bantuan dari Yanag Maha Kuasa. Setiap tindakan penuh dengan hikmah yang tersendiri.

Kelesuan menatap buku Biochemistry mematikan gerak jari untuk menulis lebih panjang. Cukuplah untuk mengatakan bahawa saya masih mahu mengaktifkan blog ini. Menyebarkan tulisan-tulisan yang mampu mendekatkan hati saya kepada Ilahi seterusnya mengikat hati saya & hati kamu yang membaca untuk terus taqarrub ilaihi. :)

Wassalam,
Dr.To-Be.
Kaherah, Mesir.
0117 :)


No comments:

Post a Comment

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)