Tuesday, January 18, 2011

Mujahadah (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim.. (96:1)

Bermula langkah kali pertama
Ketika kau buka mata seluasnya
Menyusur terang gelap cahaya
Cabaran menanti di sana

Arah hidup perlu jelas
Berpandu arah tujunya
Berbekal keazaman yang
Tersemat di jiwa

Pahit manis suka duka
Adalah permainannya
Kejayaan menanti di sana

Jalan mujahadah itu
Berliku-liku haluannya
Terkadang terpaksalah
Melawan arusnya

Dengan ketabahan hati
Cerahlah jalan mengharungi
Cabaran kehidupan
Di alam remaja

Perlu teguh pendirian
Berteraskan kebenaran
Iman dan taqwa landasannya
*(Jalan Mujahadah-Wirdani)*
Lafaz syukur dirafakkan pada Ilahi, Segala Pujian Bagi Tuhan Sekalian Alam! (^_^)
Bibir hanya mampu mengukirkan senyuman bila lagu Jalan Mujahadah-Wirdani (sebuah nasyid lama) didendangkan. Memori di Kem Bina At-Taqwa kembali digamit. Sebuah nasyid diadaptasi menjadi sajak nyahtijah kegersangan idea untuk malam penutup. Mahu melunakkan suara yang merdu untuk mengalunkan nasyid bukanlah pilihan yang bijak buat pihak muslimat. Selagi punyai pilihan lain, lakukan. Jauhi perkara yang boleh menjadi fitnah kepada dirimu. Muslimah yang bijak, malunya dijadikan perisai. Baik, konteks malu di sini jangan disalah erti ya. Malunya seorang muslimah itu adalah untuk;
- Melakukan dosa yang boleh merendahkan martabatnya di sisi Ilahi
- Meninggalkan sunnah Rasulnya yang bisa menjauhkan dirinya daripada syafaat
- Menyakiti ibu & ayahnya yang menyebabkan dicampakkan ke neraka
- Menjatuhkan maruah diri, keluarga & agamanya
- Membiarkan bangsanya hanyut dengan tipu daya dunia
& yang seumpamanya...

Saya mulai rasa perjuangan itu teramat seronok!! Cabaran dalam perjalanan inilah yang mematangkan diri. Pengalaman di madrasah banyak mengajar supaya jangan cepat melatah. Niat yang murni itu pasti dimudahkan. Innallahama'ana, sesungguhnya Allah bersama kita!

Ya, hampir 1 bulan setengah di rumah membuahkan kerinduan pada perjalanan hidup di sekolah. Rindunya suasana dididik & sentiasa ingat-mengingatkan. Kata ibu, itulah proses pengajaran. Menjadikan kita semua lebih positif & mengambil pengalaman lalu sebagai landasan tarbiyyah untuk setiap detik di hadapan. Perlu digali maksudnya.

Perjuangan menegakkan yang ma'ruf dalam kalangan remaja sebenarnya sudah sinonim sejak di zaman Rasulullah lagi. Namun, pendedahan & kesedaran itu dikaburi dengan kenikmatan dunia yang semakin enak. Menjadi naluri remaja untuk mencuba segala keseronokan tapi AWAS! Jangan kita lupa tujuan & matlamat sebenar kehidupan kita. *fikirkan sejenak..

Perlu rasanya kita mencontohi Saidina Ali R.A. yang menjadi kanak2 pertama memeluk & berjuang untuk Islam. Seusia kanak2 perjuangan dimulakan sedangkan kita pada usia itu baru hendak membuka mata dalam perjuangan. Itu bukan pokoknya. Apa yang dikesali, kita tahu kewajipan itu, kita tahu mana pahala mana dosa, tapi kerosakan terus dilakukan. Jadi ayuh para remaja sekalian! Bangkit dari kayanganmu. Usah ditunggu, usah bertangguh. Bergeraklah sederap, seiring menuju perjuangan. Perlukan penguat jiwa? Lihat janji Tuhanmu, (As-Saff: 10-11). Mahu bertambah kuat..? Perhatikan tips daripada Ar-Rahman;
' Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu. Sungguh, bangun malam itu lebih (mengisi jiwa) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan'
(73:5-6)
Mari fikir & zikir hala tuju umat & agamamu. Semoga kita tergolong dalam hambaNya yang beroleh kemenangan hakiki.. {^-^}
!TERUSKAN BERJUANG!
With new hope 4 ummah,
fullTIMEkhalifah

No comments:

Post a Comment

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)