Sunday, January 23, 2011

Pujian @ Ujian?

Bismillah wa Alhamdulillah!
Syukur! Syukur! Syukur! Infiniti syukur kepada Ilahi. Segala urusan dimudahkan & dilancarkan dengan kehendakNya. Selawat serta salam juga buat junjungan mulia, pujangga seluruh ummat, Nabi Muhammad S.W.T. Hati & jiwa diusik kerinduan pada Baginda bila mendengar lagu daripada kumpulan Raihan, Alangkah Indahnya Hidup Ini. Bait-baitnya yang amat mendalam & terkesan buat insan yang mendengar. Terkenang perjuangan yang perlu disahut & disambung untuk menegakkan syariat Islami. Ayuh, terus melangkah! Memang penat, memang payah TAPI usah meluat, usah mengalah kerana imbalannya kemanisan tak sudah. Bukankah MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS?! Fikir, fikir, fikir..

Allah Maha Bijaksana! Cintaku padaNya diuji & dipuji. Ya, lihat DIUJI & DIPUJI. Kalimah yang hampir sama tapi sangat berbeza. Pujian cuma perlu dibuang 'P" pada pangkalnya untuk menjadi ujian. Diuji itu sangat digeruni & ditakuti manakala dipuji itu sangat disukai & dicintai oleh manusia. Ana juga! Kita sering diuji dengan pujian. Perkara baik yang disukai pasti mendapat pujian maka menjadi ujianlah kepada yang mendapat pujian. Fahami & selamilah. Mari, murnikan semula hatimu. Sucikan kembali niatmu. Lakukan lillahi ta'ala.. Berjuang, berkorban demi cinta kepadaNya! Bersyukurlah jika dirimu berjaya memberi manfaat & dimanfaatkan. Bergembiralah jika seseorang mampu memperoleh sesuatu yang payah ditemui melalui dirimu kerana ganjaran yang diterima berlipat ganda selagi sesuatu yang ditemui itu dimanfatkan, insyaAllah.
Buat sahabat, bantulah diriku mencari redhaNya, meraih cintaNya & menuju syahid di jalanNya. Mari sama-sama kita bergandingan mencari, meraih, menuju segala-segalanya kerana Pencipta kita. Usah dekatiku kerana kebaikan yang dipinjamkan kerana mungkin bila kebaikan itu dipulangkan kau tinggalkan diriku keseorangan kebingungan. Ayuh sinari ukhuwah kita dengan ikatan janji keranaNya, ukhuwah fillah abada! Cinta kita kerana Allah..

.. :biar ukhuwah bersemi selamanya: ..
fullTIMEkhalifah

No comments:

Post a Comment

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)