Sunday, February 13, 2011

Jus Roselle (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim. (96:1)

Alhamdulillah & selawat sentiasa. Baru2 ni saya diberi peluang untuk merasai nikmat kebesaran Allah. Walaupun sekadar meneguk segelas jus roselle tapi khasiatnya sungguh banyak! Tengok, betapa Maha Besarnya Allah tu. Air roselle yang saya minum ini sebenarnya dah lama ada dalam peti sejuk tu, pemberian makcik saya di kampung. Jusnya dibuat sendiri tau! Asli dari kebun. Nak dibuatkan saya jadi tertarik untuk menikmati minuman ini ialah bila satu hari saya teringin nak minum air yang sejuk dan sedap lantas saya membuka peti sejuk. Masa itu memang terbayang dah ada air dalam gelas dengan titisan air pada dindingnya yang sedang mengalami proses kondenasi. Wow, lazat! Dan air roselle ni la yang saya jumpa. *Lepas dah minum baru tanya ibu, ni air apa? Bertuah punya anak..


Al-Baqarah [25] Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

Ya, itu antara janji Allah buat para penghuni syurga. Nikmat yang berganda-ganda lazatnya daripada kelazatannya di dunia. Walau serupa tetap berganda! Perlu bersyukur, sentiasa beriman dan beramal soleh sebab pemberitahuan tersebut untuk mereka yang beriman dan beramal soleh kan? Muhasabah kembali...

Berbalik kepada roselle tadi. Saja search di google mengenai khasiatnya sebab biasanya tumbuhan2 ini ada kestimewaannya yang tersendiri. Dan berikut merupakan hasil searching saya..




    Roselle atau nama sainsnya Hibiscus sabdariffa merupakan salah satu spesis bunga raya yang terdapat di negara yang beriklim tropika dan subtropika termasuk Afrika, India dan Asia (termasuk Malaysia). Bunga raya yang sering kita lihat ditanam di taman-taman bunga pula dinamakan Hibiscus rosasinensis dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.

    Roselle ditanam di Malaysia secara meluas sama ada secara pertanian komersial atau pun di tanam di halaman rumah sahaja. Ia mempunyai vitamin C yang sangat tinggi berbanding vitamin C yang terdapat di dalam citrus atau pokok spesis limau. Roselle yang masih segar mempunyai Vitamin C 20 kali ganda daripada Vitamin C di dalam citrus dan roselle yang kering hanya mempunyai 9 kali ganda sahaja. Ini bermakna roselle perlu diamalkan setiap hari kerana banyak penyakit telah menyerang bukan sahaja golongan yang sudah tua tetapi juga golongan muda. Pelik tapi benar. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, lemah jantung, masalah buah pinggang dan sebagainya dinamakan penyakit degeneratif.


    Mengapa ia boleh jadi begitu? Mengapa orang muda pun boleh menghidapi penyakit degeneratif sedangkan tidak terbayang oleh akal kita bagaimana usia begitu muda boleh menghidapinya? Ini adalah kerana kajian telah menunjukkan pemakanan dan persekitaran kita telah dicemari dengan keracunan yang tinggi dan mengakibatkan kerosakan sel dan tisu di dalam badan oleh aktiviti radikal bebas. Oleh itu roselle amat baik untuk diamalkan bagi mengelak dan menjaga kesihatan kita.


    Khasiat Pokok Roselle

    1. Anti penuaan

    Roselle mampu membuatkan pengamalnya kelihatan berseri dan awet muda kerana kandungan Vitamin C yang tinggi dan berserat melambatkan proses penuaan yang disebabkan oleh aktiviti kerosakan tisu dan sel tubuh badan oleh radikal bebas. Wah! Boleh tampil muda walau berusia.. *muka berseri-seri*

    2. Mencegah Penyakit Jantung

    Penyakit jantung dianggap “silent killer” dan merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Roselle mampu mencegah pembentukan dan penebalan LDL (lemak tidak baik) di bahagian arteri jantung dan mengelakkan juga dari terjadinya penyakit darah tinggi. Oh, penyakit rakyat Malaysia juga tu.. *bagus2*

    3. Mencegah Kanser

    Kanser disebabkan pemakanan dan persekitaran yang terdedah kepada keracunan yang tinggi. Kandungan Vitamin C dan serat yang tinggi di dalam Roselle bersifat anti-oksida dan anti-kanser. Eh, vitamin C baik untuk kulit.. *blinkblink*

    4. Merawat Demam Panas

    Mereka yang sering mengalami demam panas seeloknya mengamalkan Roselle kerana Roselle bersifat sejuk dan mampu menurunkan suhu badan yang tinggi. Selain itu Roselle juga meningkatkan antibodi seseorang. Emm.. X perlu ubat klinik la lepasni.. *senyum manis*

    5. Penawar Resdung dan Alahan

    Bagi mengatasi masalah resdung (alergi) dan alahan (asma) anda bolehlah mengamalkan Roselle. Roselle bersifat sejuk. Baik untuk kami sekeluarga. *thumb up*

    6. Stress dan Sukar Tidur

    Stress boleh dirawat dengan mengamalkan Roselle yang berupaya menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Dengan kata lain Roselle dapat menenangkan pesakit kerana Stress menghapuskan Vitamin C di dalam badan dan Roselle pula menambahkan Vitamin C. Masalah sukar tidur juga boleh diatasi dengan mengamalkan Roselle sebelum tidur. Emm.. Masalah sukar tidur? *thinking*

    Memang banyak sekali khasiat Roselle yang tidak dapat dimasukkan dalam artikel ini antara lainnya dapat merawat luka dalam dan luar badan, merawat kecederaan, memberikan kelegaan kepada pesakit jika diamalkan Roselle bersama Madu mempercepatkan kesembuhan penyakit dan sebagainya. Insya Allah anda akan merasai khasiatnya dengan izin Allah.

Ha, macam mana? Percaya ke? Percaya atau tak, terpulanglah pada individu itu sendiri. Yang pasti setiap satu ciptaan Allah itu punyai manfaatnya yang tersendiri. Segala kebaikan, kesembuhan, kenikmatan itu semuanya dari Allah. Dialah yang berhak menyakitkan kemudian menyembuhkan kembali. Tika musibah menimpa ucaplah Innalillahi wainnailaihirajiun. Tika nikmat mencurah ucaplah Alhamdulillah! Tiba2 teringat promo produk Annasyrah di IKIM.fm; Jika sakit Allah sembuhkan, ayat2 syifa' pun Allah sediakan untuk siapa yang hendak amalkan.



Itu sahaja buat kali ini. Moga kita sama2 memperoleh manfaat daripada setiap yang diciptakan di bumi ini, insyaAllah. (^_^)

p/s: sementara menanti ibu & ayah. :)



Hidup sihat, Alhamdulillah;

FullTimeKhalifah


2 comments:

  1. Subhanallah...
    trm kasih dik atas perkongsiannya..
    sesungguhnya setiap ciptaanNya pasti ada hikmah disebaliknya dan tidaklah sia-sia..
    =)

    ReplyDelete
  2. kak ana, same2! MasyaAllah, kak. Allah tu Maha Hebat. I've learnt that in each of us are needed by us. Without realising it, sometimes. Allah is the Best Creator for all!! Subhanallah.. (^__^)

    ReplyDelete

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)