Tuesday, February 8, 2011

CINTA PERTAMA vs CINTA UTAMA

Bismillahirrahmanirrahim.. (96:1)

Alhamdulillah, segala pujian hanya layak untuk Allah & selawat serta salam buat Rasul mulia. Kesempatan masih dikurniakan lagi untuk berkongsi di blog ini. Infiniti syukur lagi kepada Ilahi yang sungguh pemurah dan sangat mencintai hamba-hambaNya. Kasih-sayang Allah itu lebih daripada kasih sayang makhluk!

Mari saya ceritakan warna-warna cinta yang pernah mewarnai hidup saya..

Bermula di sekolah rendah. Saya merupakan salah seorang pelajar yang agak dikenali. Mereka kata mereka kenal saya sebab saya pandai tapi itu bukanlah penyebab utama saya kira. Dulu saya merupakan Ketua Pelajar, jadi tak hairanlah ramai yang mengenali saya. Ya, bayangkan sampai ada adik2 junior sesi petang yang saya tak kenali turut memberi hadiah semasa ulangtahun kelahiran saya. Lihat, betapa besarnya tittle Ketua Pelajar itu. Apa yang cuba saya katakan di sini ialah bila kita diberi amanah untuk menjadi pemimpin memang ramai yang akan mengenali kita kerana kita pemimpin. Di usia itu, saya masih kurang arif dengan amanah yang diberi, jadi agak carca-merbalah. Belajar dari pengalaman!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)


Astaghfirullah! Dosaku menggunung tinggi... (Mengemis Kasih)


Seterusnya, nak dijadikan cerita bila dah jadi terkenal maka ramailah sahabat2 yang nak berkenalan. Faham? Sabar, sabar. Masih panjang cerita saya. Tapi inilah permulaannya.. Saya memang suka berkawan tapi saya juga penyegan! Allah sangatlah sayang pada hamba2Nya, saya tetap dikurniakan sahabat2 yang baik. Nikmat Ilahi memang tak pernah berhenti. Setelah berhempas-pulas, bertungkus-lumus berusaha, Alhamdulillah saya mendapat 5A dalam UPSR. Alhamdulillah! Rezeki saya ketika itu dimurahkan. Macam2 hadiah saya dapat daripada ibu, ayah, pakcik2 dan makcik2 saya. Yang paling diidam-idamkan waktu itu adalah sebuah telefom bombit. Ya! Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Alhamdulillah, saya dapat sebuah telefon daripada pakcik saya.
Baik, disinopsiskan cerita masa cuti akhir tahun Tingkatan 1 saya mula berkenalan dengan seorang lelaki. Perkenalan kami melalui salah seorang sahabat saya di sekolah rendah. Lihat! Umur tak sampai setahun jagung sudah pandai ber'teknologi'. Bahana penggunaan telefon ketika hormon remaja mula aktif. Kami tak mengisytiharkan status sebenar sebab saya katakan hanya mahu berkawan. Tapi cukup untuk difahami melalui agenda2 jahil yang dilakukan, kami sebenarnya terperangkap dalam jerat nafsu & godaan syaitan! *istighfar..

Nak dijadikan cerita, waktu itu saya sebenarnya telah dilantik untuk menjadi Exco Khas SIS di sekolah saya. Betapa goyahnya iman! Tugas Exco Khas ni lebih kurang menjadi qudwah hasanah untuk rakan2 sebaya. Sekali lagi, amanah Allah dinodai. Meningkat usia di Tingkatan 2, saya dicalonkan untuk menjadi naqibah. Allahu Akbar! Sememangnya Allah amat2 mahu melindungi saya. Waktu di'interview' untuk perlantikan naqibah tu saya memang nak menolak. Tapi kata2 akhowat tercinta membuatkan saya sedar, inilah jalannya, inilah langkahnya. Ketika itu, saya mula merenung jauh ke dalam diri atas dosa2 yang telah dan sedang saya lakukan. Saya cari kepastian terhadap kerunsingan & masalah yang saya hadapi. Macam2 artikel berkaitan Cinta & Remaja saya baca untuk meneguhkan lagi hati & mengisi jiwa. Alhamdulillah, hidayah Allah dipancarkan. Mudah & tenang segala urusan.

Saya nyatakan pada si dia bahawa apa yang kita buat ini sebenarnya teramat salah. Tak semua insan memahami apa yang haq. Ya! Dia menolak apa yang cuba saya sampaikan. Siap kata, kenapa nak jadi ustazah ni? Akhirnya, saya katakan;

"Kalau awak tak nak terima cara saya tak apa. Kita ikut haluan masing2."

Sepatutnya lelakilah yang wajar memimpin bukan dipimpin. Jadi saya serahkan segalanya pada Yang Maha Esa. Yang buruk itu jangan didekati. Yang busuk itu usah dihampiri. Tersilap langkah merana diri. Sehingga kini, saya tak pasti apa perkembangan dia.
'Dan tinggalkanlah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan zina seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'
(HR Muslim)



Apa yang meng'inspire' saya ialah amanah Ilahi sebagai seorang naqibah. Besar amanah itu! Kata akhowat;

"Kita ini menyambung perjuangan Rasulullah, bawa agama Allah."
"Inilah medium untuk kita memperbaiki diri. Sebelum nak baikkan orang kita kena baiki diri dulu."
"Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau tak sekarang bila lagi?"

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Infiniti SYUKUR, YA HAFIZ! Saya jadikan amanah itu sebagai titik tolak untuk saya mengislah diri. Pengalaman inilah yang memudahkan saya untuk mendekati & menyelami hati sahabat2 yang dilanda virus cinta. Lihat, Allah menjadikan setiap satu itu penuh dengan hikmah. Ambillah iktibar untuk dijadikan sempadan daripada pengalaman ini. Moga memperoleh manfaat!

Memandangkan Hari Kekasih (Valentine Day) bakal menjelang, ayuh kita nyahkah segala maksiat hati sekaligus membanteras agenda yahudi ini. Kalau benar, sayangkan kekasih kenapa mesti adanya satu hari yang dikatakan istimewa ini? Bukankah sayang yang setia wajar pada setiap hari yang dilalui..? Fikir2kan..

'Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu, seperti api yang membakar kayu bakar.'
(HR Ibn Majah)
Islam dehearty selalu,
FullTimeKhalifah

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum ukhtiku sayang..

    alhamdulillah..kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang terpilih..semoga hidayah ALLAH itu tidak putus buat kita..

    pengalaman banyak mengajar diri seseorang..
    pengalaman juga mematangkan kita dalam melakukan tindakan dan membuat keputusan..tahu menilai baik buruk sesuatu perkara...

    pengalaman itu terlalu berharga andai jadikan ia pengajaran untuk menjadi lebih baik..

    Semoga ukhti terus istiqamah dalam perjuangan..amin.
    (doakan diri ini juga ye.huhu )..
    semoga kita menjadi muslimah solehah, pendamping mujahid Islam kelak dan dapat meraih cinta yang Agung,cinta Pencipta cinta..insyaAllah.

    Ya Allah,Engkau begitu dekat dengan hati hamba-hambaMu,sentuhlah hati kami dengan cintaMu ya Rabb..amin

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam, kak ana.
    Khairun jazak, ukht!!
    Amiin, Ya Rabbal 'Alamin.. InsyaAllah, saya akan berusaha menjadi yg solehah & terus istiqomah. Doakan slalu ye kak. Moga kita sama2 sntiasa di bawah rahmat Allah. Saya sangat suka nasihat & pesanan akak. Sayang kak ana.. <3

    ReplyDelete

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)