Wednesday, February 2, 2011

Ada Apa Dengan Cita..?

Salam Mahabbah buat semua. Alhamdulillah, segala pujian buat Ilahi atas nikmat yang tidak putus2 diberikan buat seluruh makhluk ciptaanNya. Assolatuwassalam, selawat & salam juga buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad S.A.W.. Semoga kita semua bakal memperoleh syafaat baginda kelak, insyaAllah. Buat kedua ibu & ayah, syukran kasir atas kebaikan kalian yang teru-terusan mengingatkan diri yang sering leka. Rasa syukur yang tak terhingga atas segalanya. Peluang yang diberi bukan percuma dan jangan sekali disia-siakan. Manfaat! Manfaat! Manfaat! Ya, itulah yang cuba diisi di kesempatan yang dipinjamkan Illahi. Gentar jiwa bila khabar kematian insan disampaikan. Sungguh, kematian itu hampir! Jadi, manfaatkan setiap detikmu. Teringat pesan ustaz, semakin bertambah detik semakin berkurang usia. Nyata tersurat maksudnya. Usiaku semakin berkurang! Mari tingkatkan iman, amal & taqwa kepadaNya..

Cukup, cukup! Berbalik kepada maudu'. Mungkin suka kiranya perkataan cita itu ditambah dengan huruf 'N' ditengahnya. Maka jadilah cinta. Usah khilaf. Cita & cinta sering menjadi hal yang sentiasa membuat seorang itu terkurung dalam dilema. Bila cita2 dikejar, cinta terabai. Jika cinta kepada Illahi & Rasul yang terabai, anda di ZON BAHAYA! Namun, jika cinta buat buah hati pemegang jantung, kekasih terang mahupun gelap (insan) terabai, tidaklah luak. Biarkan saja buah hatimu itu bebas. Bebas daripada bebanan dosa & maksiat yang sebenarnya mengherat dirimu juga. Kata2 ini dipegang, lepas kejar cita2 baru kejar cinta. Ya, pesanan keramat yang sentiasa diingat. Selagi belum tercapai cita2, jangan jadi mangsa cinta manusia. Mungkin cinta itu tidak perlu dikejar kerana cinta itu ibarat rama-rama, semakin dikejar semakin lari. Biarlah cinta Illahi, Rasul, Ibu & Ayah serta keluarga dan sahabat yang mengiringi langkah mencapai cita2mu.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Isra':32)

Lihat, Tuhanmu memberi amaran. JANGAN MENDEKATI!! Mendekati sudah ditegah inikan pula melibatkan diri. Tiada ikatan yang sah antara nisa' & rijal itu melainkan pernikahan. Berpacaran atau sinonim digelar ber'couple' di usia mentah ini bukanlah pilihan yang terbaik bagi saya. Khuatir juga cita2 yang dikejar berciciran dek kerana cinta yang belum pasti setianya. Pengalaman diulit warna-warna cinta remaja banyak menyedarkan saya supaya sentiasa berhati-hati dengan ikhtilat. Syukur, Allah masih menyayangi saya ketika itu. Hidayah & nur haq dipancarkan sedikit demi sedikit ke dalam jiwa. SYUKUR! Kebenaran & kebatilan dibezakan. Saya melihat keasyikan melalui kebenaran. Namun, saya tetap akui keasyikan cinta tersebut juga membuatkan saya sentiasa berseri-seri tetapi cita2 saya hampir saja terkandas. Justeru, kebenaran dipilih kebatilan ditinggalkan. Sekali lagi SYUKUR saya dikurniakan kekuatan untuk menolak cinta yang fana itu demi cinta Illahi & cita2 yang diimpikan.

"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(16:119)

Pesan bonda, jika bercita2 mahu menjadi doktor jadilah doktar yang boleh merawat masyarakat di samping merawat penyakit pesakit. Jika bercita2 menjadi jurutera jadilah jurutera yang boleh membina ketamadunan masyarakat di samping membina menara mencakar langit. Jika bercita2 menjadi guru jadilah guru yang mampu mendidik jiwa pelajar di samping mengajar pelajar. Pokoknya, walau apa pun cita2 yang diimpikan berusahalah untuk mencapainya di samping memulihkan umat. Wah, rumit! Tapi fahamilah. Itulah sebaik-baiknya. Kitalah yang bakal mencorak ketamadunan umat melalui profesion masing2. Renungkan... Walaupun begitu, cinta itu fitrah tetapi haruslah bijak menguruskannya. Patuhi syariatNya, lakukan suruhanNya, tinggalkan laranganNya. Kejarlah cita2 kelak pasti cinta ditemui. Jika kita bercita2 & berusaha menjadi yang terbaik, insyaAllah laluan menemui cinta sejati itu dimudahkan oleh Yang Maha Pencipta. Jadi, mari bercita2 menjadi yang terbaik! Amati lagu Kerana Cinta ini.


* InsyaAllah, pada kesempatan yang lain akan dikongsi warna-warna cinta yang pernah dilalui untuk dijadikan iktibar buat semua. Saya tidak mahu rakan2 saya melakukan kesilapan yang pernah saya lakukan kerana SAYA SAYANG SAHABAT SAYA.. (^^)


Mencari Redha Ilahi, cinta sejati..

fullTIMEkhalifah

No comments:

Post a Comment

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)