Tuesday, February 8, 2011

Paku & Tembok Batu

Bismillahi Awwalan wa Akhiran! Alhamdulillah 'ala kullihal. Allahu Akbar. Assolatuwassalam 'ala Rasulillah. Syukur selalu! Sekali lagi nikmat kehidupan diberikan kepada kita untuk memperbaiki kelemahan diri. Masih banyak ruang2 lompong yang perlu ditampal sebelum dipanggil menghadap Yang Maha Esa. Perlu dimuhasabah sentiasa.. (^_^)

Alhamdulillah, di kesenggangan yang diberikan Ilahi, sempat dibelek-belek dan ditatap pengisian Majalah Solusi Isu 28. Ingat, sabda Rasul S.A.W.; Dua nikmat yang sering dilupakan ialah nikmat kelapangan & nikmat kesihatan. Jadi perlu dimanfaatkan! Ramai sudah sedia maklum dengan majalah mendidik jiwa ini bukan? Di saat ini saya tidak bertujuan untuk mempromosi tapi ianya realiti. Majalah Solusi banyak memberi solusi kepada permasalahan sekeliling. Saya tertarik dengan 1 cerita berkaitan amarah untuk dikongsi bersama; Orang Gagah Mampu Mengawal Marah.

Kesan Paku pada Tembok Batu

Said merupakan seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanyan berdepan dengan satu masalah kecil. Pada suatu hari ibunya menghadiahkannya sebungkus paku.

"Untuk apa paku-paku ini ibu?" tanya Said.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu," jelas si ibu.


Pada hari pertama sahaja. Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan pun berkurang. Dia dapati lebih mudah mengawal kemarahan berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkata tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali pakuitu satu persatu, pada setiap hari yang dilalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut semua paku tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.

Si ibu lantas memimpin tangan Said ke tembok ter sebut dan berkata, "Kau telah lakukannya denga baik, anakku, tapi lihatlah kesan lubang-lubang pada tembok batu tersebut. Tembok ini tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut atau luka, sama seperti ini. Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal."

Subhanallah! Lihat, paku digambarkan sebagai panahan api kemarahan. Tembok pula sasaran kemarahan. Bayangkanlah sewaktu kita sedang marah kita ibarat sedang mengetuk paku pada sasaran yang dimarah. Pasti saja mengakibatkan pandarahan, meninggalkan luka. Tangani kemarahan serasionalnya. Ingat, orang yang paling kuat ialah mereka yang dapat menahan diri daripada marah!

Rasulullah bersabda yang bermaksud;
'Tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang bergusti, tetapi seseorang dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah.
(HR Al-Bukhari)

Langkah2 menghilangkan amarah:
1. Bacalah ta'auz dan kemudian berwuduk.
2. Jika sedang berdiri, dipersilakan duduk.
3. Jika sedang duduk, dijemput baring.
4. Jika masih belum reda, larikan diri daripada perkara yang menyebabkan kamu marah.

Jika masih tidak mampu memadamkan api kemarahan tersebut mungkin boleh juga mencuba sebagaimana yang disarankan oleh ibu si Said, ketuk paku menembusi tembok batu. Zikir, Fikir! Hiasilah hari2mu dengan senyuman yang membahagiakan. Semoga memperoleh manfaat & selamat beramal.


Senyum selalu,
FullTimeKhalifah

2 comments:

  1. salam. fiqah. bagus ni. kita pun sekrang ni asyik marah je. kan bagus kalau kat rumah ni ada dinding khas utk paku tu je. boleh la kte lepaskan kemarahan kat situ. ;)

    fqa, kita rindu kat skola. :(
    kita rasa, bila kat skola kita lagi banyak beribadat. ;(

    fqa, doakan kita kuat eh. supya kita dpt teruskan apa yg kita bt masa kat skolah dulu.
    kta rasa sedih sbb kta tak kuat melawan nafsu dan utk teruskan apa yg tlah kta buat.

    apa pun, kta harap sgt yg kita akan dpt buat dan teruskan buat ibadat mcm kat skolah. -puasa sunat, solat mlm2, solat berjemaah, tadarus...-
    rasa sedih bler dgr suara imam kat masjid dari rumah..suara yang sedap. suara kwn2 kita. suara fqa, paed, mashi, chepa. ;(

    fiqa, :D

    lagu kat blog ni, sesuai dgn cmmnt ni. mcm mmbngkitkan rasa sedih. lebih kurang background music gituuu.

    ReplyDelete
  2. fairuz, terima kasih. kite pun rindu sgt2 dkt fairuz & shbt2 yg lain. lagu ni saje je kite letak untk mcm muhasabah diri tiap kali buka blog ni. hehe.. fairuz, kite rindu sgt2 nak jemaah dkt musolla. bg tzkirah, share2 crite. tau x tiap2 mlm kite rase mcm nk nangis bile t'ingatkan wktu2 dkt skola. dkt rumah ni kite pun mcm fairuz. xpe, yg pnting kite kne kuat lawan nafsu diri & prskitaran. Alhamdulillah, lately kite b'jaye jgk mnguatkan diri. itupun lps muhasabah diri blk. hidup ni sntiase ade turun naiknye. kite prcaye fairuz bole! jom same2 kuatkan diri kite..

    salam sayang & rindu untk fairuz! (^_^)

    ReplyDelete

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)