Friday, May 27, 2011

Pesanan buat sahabat.

Dengan nama Allah, jemari mula mengatur gerakan. Yeay! Senaman jemari yang lama ditinggalkan untuk menitip madah di blog ini akhirnya dilaksanakan juga. Baik! Mari kita hadiahkan selawat dan salam buat Penghulu sekalian ummat. Assolatuwassalam'alarosulillah~ Sekudus doa kesejahteraan dan kebaikan sentiasa dipohon buat kedua ibu ayah tercinta, keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat serta saudara seagama. Kullukum bikhair, inshaAllah!



Rindu itu sedih=manis.





Apakah? Buat sahabat-sahabat terdekat pasti kalian memahaminya. Saya sedang merindui sahabat-sahabat saya lantas mengundang rasa sedih di hati dan itulah tanda manisnya ukhuwah. Dapat formulanya? Rindu itu sedih=manis!










sahabat-sahabat yang dirindui




Walau amatlah sedih, boleh dikatakan tiap kali berhubung dengan sahabat-sahabat dengan SMS, YM, Facebook, calling saya rasa mahu gugur berjurai manik-manik jernih dari kelopak mata (terlalu emosi saya kira) sedaya upaya saya menceriakan suasana. Walau dengan hanya mengukirkan senyuman bergulakan peria. Kadang-kadang saya rasa saya akan keseorangan di alam baru nanti. Rata-rata mereka ada 'geng lama' yang akan menemani langkah di arena baru, saya pula masih tercari-cari 'geng baru'. Ibu kata, dalam hidup ni kita akan sentiasa jumpa kawan baru. Ya! Saya memang suka kawan baru tapi sahabat itu takkan ada yag sama. In other words, I'm fearing to face new world with new mates. (oh, mengapa?)





Iman bagaimana?





Saya kira itu petanda iman saya kian merundum. Saya takut untuk hadapi cabaran dan tarbiyyah sebenarnya. Bukan takut untuk menghadapi dunia dan kenalan baru. Kan? Kan? Lihat saja meraka yang sentiasa menaik taraf pangkat imannya, tiada gentar atau takut. Segalanya diharungi dengan tenang dan redo. Alhasil, proses kehidupan mereka menjadi sangat indah dan terarah dengan halawatul iman yang dimiliki! Saya perlu mujahadah lagi untuk itu. Anugerahkanlah kebesaran dan kemanisan iman kepada saya dan mereka yang sedang membaca tulisan saya ini, ya Allah. Tiup-tiupkanlah doa kalian untuk saya ya. Moga saya akan terus-terusan dikurniakan teman yang baik-baik untuk melangkah di muka bumi ini.





Tak perlu seindah dan serupawan Fatimah, cukuplah pekerti yang baik menjadi hiasan. Tak perlu sekuat dan sehebat Umar, cukuplah iman dan amal menjadi pertahanan. Tak perlu semewah dan sekaya Uthman, cukuplah budi menjadi bekalan, Allah menjadi tujuan. Bukan saya mengharap yang sesempurna itu, tapi sebagai garis panduan. Sedangkan diri saya pun belum cukup bagus apatah lagi sempurna! Itulah pentingnya teman di perjalanan. Saya mahu teman untuk sama-sama mencari dan berusaha menjadi seindah Fatimah dengan pekerti yang luhur, sehandal Umar dengan iman dan amal yang mantap. Yang penting semuanya kerana mengharap redo Allah!





Pesan buat sahabat.






adik-beradik saya selama 5 tahun di semashur


Sahabat-sahabat yang dikasihi dan akan terus disayangi kerana Ilahi,



Semoga perjalanan kalian diiringi rahmat dan berkat dari Ilahi. Ingatlah segala amanat dan pesanan daripada ibu dan ayah kalian untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat buat kebanggaan keluarga dan ummat. Jangan disia-sia ilmu dan pedoman daripada guru-guru yang berbakti membekalkan azimat penguat. Simpanlah hilaian, kedukaan kita bersama buat kenangan di kala teringat. Tingkatkan amalanmu seiring tingginya ilmumu. Biar jauh di rantauan mahupun di tanah sendiri, dampingilah teman-teman yang soleh agar boleh seiringan menuju ke destinasi yang sama. Daku di sini akan terus mendoakan yang terbaik buat kalian. InshaAllah, dengan izin Yang Maha Kuasa kita akan dipertemukan jua suatu hari kelak bilamana semua telah berjaya menggenggam julungan ijazah dan berbakti demi watan serta ummah. Ukirlah namaku dalam doa kalian. Semoga ukhuwah yang bermula dengan lafaz Bismillah diakhiri dengan lafaz Innalillah.



Sahabat yang akan terus merindu..



~FullTimeKhalifah~

No comments:

Post a Comment

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)