Wednesday, August 3, 2011

Mencipta langkah.

Bismillah. Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan. :)
Allahu Akbar! Nikmat yang tidak pernah henti dikurniakan buat makhluk yang dicipta maka layaknya segala pujian itu disandarkan semata-mata hanya kepada Allah, Rabbul'alam. Semahunya dicoretkan kata-kata penguat buat diri sendiri sebelum terus mencipta langkah menuju cita-cita. Alhamdulillah, berkat dan rahmat Allah saya bakal mengorak langkah ke alam baru. Alam universiti.

'Cepat betul masa berlalu, dah besar dah dia ni.' Itulah antara kata-kata daripada sahabat-sahabat ibu dan ayah bila berjumpa. Kecil sangat ke saya sebelum ni, sekarang baru besar?

Itu ingatan untuk saya menjadi lebih matang, mungkin. Ya Allah! Matangkanlah saya untuk menjadi hamba-Mu yang akan berusaha memperbaiki diri dalam menjalani kehidupan ini. Mencipta langkah bukannya mudah. Seluruh jiwa & jasad perlu diseiringkan. 'Persediaan'nya barangkali. Persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. 


Maaf, semahunya diulas panjang lebar tapi waktu tidak mengizinkan. Mohon doa kalian untuk saya. Perasaan yang pelbagai sekarang ni membantutkan lagi proses penulisan. InshaAllah di lain waktu kita bertemu lagi.

  Doakan saya menjadi insan cemerlang dalam ilmu dunia & ilmu akhirat ya! 
Syukran awi~



Mencari kekuatan meneruskan langkah,
 FullTimeKhalifah


*ini post bertarikh 23 Jun 2011, baru tekan publish*

1 comment:

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)