Sunday, August 26, 2012

Ini Cerita Kami ^^

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari terakhir kuliah. Siti seperti biasa bersiap untuk ke kelas. Bimbang lewat kerana jarak antara rumah  dengan kuliah tidaklah dekat dan tidak pula jauh. Akan mengambil masa yang pasti. Berjalan di dalam kawasan gama'ah sudah menuntut separuh perjalanan selepas turun dari tremco di mahattah ke fakulti perubatan. Itulah rutin seharian pelajar-pelajar tibb banat pada hari kuliah. Boleh buat race tahu siapa paling awal sampai ke kelas! 

Sementelah Siti bersiap, diperhatikan sahabat serumahnya masih terbaring di atas katil empuk. Tidak menunjukkan tanda-tanda mahu ke kuliah seperti biasa. Hairan. Pelik. Didekati dan rapati dengan kasih sayang seorang sahabat.

"Amirah, kau tak nak pergi sekolah ke?"

Pergi ke sekolah memang menjadi kata ganti untuk kuliah bagi pelajar-pelajar banat. Tak mahu rasa sudah di universiti kata mereka.

"Perut aku sakit la. Tak tahan sangat ni," balas Amirah.
"Kau makan tak semalam. Gastrik ke?"
"Aku makan. Tak tahu kenapa. Jom teman aku pergi klinik. Sakit sangat ni," pinta Amirah.

Dengan pantas Siti mencapai apa sahaja yang boleh dipakai bagi menutup rambutnya. Tak sanggup dia melihat sahabatnya itu terus mengerang kesakitan.

*******

Di kelas.

"Mana Siti dengan Amirah ni? Dah pukul 8.30 dah ni." 

Nur, memang sangat prihatin terhadap rakan-rakannya. Nak tahu siapa yang tiada dalam kelas tanyakan sahaja padanya.

"Kejap lagi sampai la tu. Bangun lambat barangkali," Syairah terus berprasangka dalam masa yang sama pantas menghantar pesanan ringkas kepada Siti dan Amirah.

Dekat mana? Tak datang kelas ke? 

Sent.

Selang beberapa minit, ada pesanan masuk tanda pesanannya tadi dibalas.

Kitorang dekat Az-Zahra' ni. Amirah sakit.

Siti balas.

"Amirah sakit la. Depa dekat Zahra' sekarang ni," bisik Syairah kepada Nur.

Fokusnya seakan lari. Buku Biochemistry yang ditenungnya boleh berlubang. Penerangan dukturah di depan juga bagai angin lalu. Masuk telinga kanan keluar semula telinga kiri.

Selesai kuliah untuk tahun ini.

Semua pelajar menyalami dukturah selepas menyanyikan ucapan terima kasih dalam pelbagai bahasa. Itulah pelajar Tahun 1 tibb banat Universiti al-Azhar. Sifat keanak-anakan itu masih bersisa di dalam jiwa mereka.

"Nani, jom ziarah Amirah. Dia sakit," ajak Syairah.

Mereka serumah. Sekali dengan Nur. 

"Okay, boleh juga," balas Nani ringkas. 

Kelas masih riuh-rendah. Ada yang terus berdiskusi apa yang dipelajari tadi. Ada yang saja menghabiskan masa dengan bersembang kosong. Ada yang terus mengangkat kaki meninggalkan kelas.

Nur, Syairah dan Nani antara yang mengangkat kaki meninggalkan kelas. Mahu ziarah Amirah.

*******

- InshaAllah, akan bersambung nanti. Ada penulisan yang perlu diaulakan. 
- Maaf, lambat menunaikan janji dalam post sebelum ini




No comments:

Post a Comment

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)