Monday, December 24, 2012

Tahun 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Menjengah sebentar ke blog yang bersawang. Betapa lama tak dijejak apatah lagi dibelai. *dakumasihamatur* =.="

Tahun 2.

Senang tapi tak mudah. Kalau bukan dengan rahmat-Nya, kalau bukan kerana kasih-Nya tak mungkin ada kuasa lain se'power' Dia untuk melayakkan kita ke mana-mana. Betapa besarnya rahmat-Mu. SYUKUR! 

Tahun 2, baru beberapa bulan tapi banyak yang dibelajar. Menjejakkan kaki semula ke kota seribu menara selepas bercuti di Tanah Melayu membawa semangat dan azam yang jitu. 

Pantas detik berlalu. Hampir ke pertengahan tahun. Disember dan Januari adalah pertengahan tahun bagi kebanyakan pelajar di sini. Fatrah imtihan kembali. Menguji kekentalan hati. Melihat kesungguhan diri. Menyerap lautan 'ilmi.

Bersungguh!

Sejarah telah diwarnai dan dipenuhi oleh orang-orang yang bersungguh-sungguh. Bukan oleh orang-orang yang santai, berehat-rehat dan berangan-angan. Dunia diisi dan dimenangi oleh orang-orang yang merealisasikan cita-cita, harapan dan angan-angan mereka dengan kesungguhan dan kekuatan yang tekad.

Rasul Ulul'azmi adalah contoh TERBAIK! 

" Dan bersegeralah kamu semua kepada pengampunan dari Tuhanmu dan bersegeralah untuk mendapat syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. "
(2:133)

Nah! Perlu bersegera dengan kesungguhan untuk syurga-Nya. 

*tembakan lagi*

" Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
(2:200)

Bersabar. Kuat. Bersiap sedia. Bertaqwa. Beruntung!

Ulang semula. Senang tapi tak mudah. Kesungguhannya harus melimpah. Anda kata, anda juga harus bertindak! Walk the talk. 

Sekian :')


2311, 24122012
Hayyu Zuhur, H7
Madinat Nasr, Cairo.


2 comments:

  1. Antara page penyubur semangat. Alhamdulillah... :)

    Awak.. Kita sebak sbnrnya. Kita rasa belum cukup gagah. Tp kan, rasa xlayak utk rasa xgagah. Ada yg ujiannya lg berat, lg susah.. Allah. Hanya pd Allah kusembahkan air mata. Susahnya nk ckp pd org, sbb org xfaham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala pujian dikembalikan kepada Allah. Sedetik & setitik diharap sentiasa mendatangkan manfaat kpd hati & jiwa :D

      Jom nyanyi sama-sama..
      'Diuji tahap keimanan, sedangkan ramai terbiar dilalaikan. Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmat-Nya. Allah rindu mendengarkan, rintihanmu berpanjangan. Bersyukurlah dan tabahlah. Menghadapi segala ujian diberi' ^^

      Kerana kita insan terpilih! ^___^

      Delete

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)