بسم الله الرحمن الرحيم
Semalam, di satu taman syurga, harum bauan bunganya.
Manusia? Saya & kamu. Kitalah manusia. Makhluk mulia katanya. Punya akal bertakhta.
Lagak seperti kita yang paling berkuasa. Istimewanya sedikit cuma pada akal yang dikurnia.
Allah, daku hamba hina! T__T
Kata ulama',
"Kamu berasal daripada air mani yang busuk, akhir nanti menjadi bangkai yang hina. Dan di antara awal dan akhir kamu adalah pembawa tahi.."
Beruntunglah kerana dosa kita tak dapat dihidu. Aib di dunia ini dipelihara, di 'dunia sana' oh bagaimana? Punyai masa lagi untuk menghampar sejadah, mohon bauan dosa dimusnah, rimbunan pahala bercambah.
Tawadhu' bukan sekadar tunduk & duduk. Perlu ada gerakan yang dibentuk. Gerakan yang meninggikan posisi di sisi Rabbi. Teladani ulama' kerana kegigihannya yang membuak, hatinya yang sentiasa lunak dengan cinta yang haq!
Moga aku & kamu, kita, menjadi calon jannah yang dinanti & bakal dirai. :')
2116, 29122012
Hayyu Zuhur, H7
Madinat Nasr, Cairo
No comments:
Post a Comment
Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)