Beberapa hari lalu, manik-manik jernih tumpah.
Serba salah dalam 'lemah'. Bertubi panggilan telefon dan mesej yang diterima tidak dihiraukan kerana melayan letihnya badan. Kemuncaknya, digagahkan diri menjawab panggilan ukhti. Ada pesanan 'SEKARANG'nya yang belum saya langsaikan.
Selesai mengotakan pesanan saya 'dipukul' lagi. Khabar daripada saudara-saudaraku di sana. Berderai lagi manik-manik jernih.
'Masih tegar aku berpeluk tubuh, menikmati kelazatan dunia sedang mereka berkorban tenaga demi deen yang mulia'.
Cukuplah pesanan-pesanan ini menjadi peringatan. Syurga bukan tempat untuk mereka yang berehat-rehat. Tawaran mahal yang hanya mampu dimiliki oleh jiwa-jiwa yang mahal. Mampukah aku? Tanyalah iman.
No comments:
Post a Comment
Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)