Sunday, April 28, 2013

Sebarkan 'Wangian'

بسم الله الرحمن الرحيم

Lama blog terbengkalai. Makin lumpuh dan rapuh. Moga mampu bergagah dan melangkah lagi!

Di Darul Hamka (nama baru markaz, sebelum ini MPH7) lebih kurang sebulan lalu, bagai hari raya. Lebih tepat dikatakan malam raya saya kira sebab jatuh pada Khamis malam Jumaat. Menjadi kebiasaan kami, ahli PERUBATAN al-Azhar, berkumpul di situ menghadiri kelas tafaquh menadah kitab fiqh dan hadis. Tapi semalam berbeza! 

UBS bukanUBM; Minyak Wangi & Besi.

Bosan barangkali. Cerita lama riwayat nabi. Hakikatnya tiada yang lama andai itu dari nabi. Cuma diulang biar jadi asam dan garam yang sebati dengan diri. Saya mahu jadi 'Aiman tak kisah', tetap mahu menulis dan berkongsi.

'And advise, for advice benefits the Muslims.' (51:55)

Antara minyak wangi & besi ini yang mana menjadi pilihan hati? Minyak wangi bukan? Kerana ada 'wangi'nya di situ. Andai dipadamkan 'wangi' masih mahu lagi memilih minyak tanpa 'wangi'? Besi pula bagaimana? Andai saya tukarkan 'besi' kepada 'besi bersadur emas/perak' mahu? Cukup setakat ini bermain soalan dan memberi jawapan di dalam hati. Saja mahu menguji. 

Kisah si penjual minyak wangi dan si tukang besi ini cukup mahsyur. Sering dikaitkan dengan pemilihan teman perjalanan. Dalam kelas itu diulang lagi. Saya dengar dan ambil ibrah. Terdetik dalam hati, kenapa perlu memilih satu dan meninggalkan yang satu lagi? Bukanlah saya menidakkan apa yang disampaikan oleh ustaz yang faqih lagi 'alim. Cuma minda nakal ini berfikir.

Si penjual minyak wangi adalah antara perumpamaan kayu ukur untuk kita memilih kawan yang baik dan memberi kebaikan. Si tukang besi pula contoh teman yang perlu dijauhi. Kedua-dua karakter ini saling berpautan memberi teladan dan pedoman. 

Celikkan lagi mata serta minda. Bagaimana jika si penjual hanya menjual minyak tanpa 'wangi'? Tak mudah menjadikannya 'wangi'. Panjang percaturannya untuk mendapatkan 'wangi' tersebut. Begitulah resam manusia. Bukan mudah mahu menyebarkan 'wangi' andai tiada proses 'wangian' dilakukan. Bukan mudah mengurus hati andai tiada tarbiyah yang diberikan. Ya, 'wangian' itu tarbiyah. 'Wangi' itu pula dakwah. 

Cantik bukan kalam nabi? Mudah saja perumpamaanya. Namun bila diselami, tersingkap bicara tersembunyi. Sebelum kita mampu menempiaskan kebaikan yakni 'wangi', proses 'membaikpulih' diri perlu dimulakan dulu. 'Wangian' yang harum perlu 'disembur' pada diri agar kawasan yang dilalui meninggalkan kesan harumannya. 

'Islah nafsak, wad'u ghairak'

Si tukang besi bukan tidak boleh menjadi wangi. Dia juga boleh menjadi wangi seperti si penjual minyak wangi. Menjadi kewajipan untk si 'wangi' me'wangi'kan si tukang besi yang dikatakan compeng dan hapak. Si 'wangi' takut terkena tempias besi hapak? Lantas siapa yang tidak berani menyahut cabaran me'wangi'kan alam ini?

Kita mahu semuanya ke syurga bukan? Usah gentar. Lumrahnya kebaikan akan menewaskan keburukan. 'Wangi' juga mampu melenyapkan 'hapak'. Percayalah! Kekuatan dan keutuhan jati diri serta prinsip imani dalam diri sebagai daie bisa membantu. Antara ciri yang mesti dimiliki oleh seorang muslim yang disebut dalam kitab Maza Yakni karangan Sheikh Fathi Yakan ialah 'Saya mestilah yakin bahawa masa depan adalah milik Islam'.

gambar hiasan. gunakan hikmah sebagai bekalan me'wangi'kan :)
Nah! Kitalah muslim itu. Sambutlah dengan jiwa dan minda pejuang. Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan di sini, di mana lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Ini kalilah, kita sebarkan 'wangian'. Biar seluruh umat merasainya. Kelak, mudah-mudahan mampu meluaskan lagi 'wangian' tersebut dengan izin-Nya. :)

Andai saya tidak 'wangi', berikan saya 'wangian'nya! 


20130428
1340
H7, Madinat Nasr


2 comments:

  1. Blog terbengkalai, kalau bukan sebab lalai tak mengapa.
    Takpe blog bersawang, kalau jasmani dan rohani gigih berjuang.

    Pantun tak jadi. he :)

    Belum cukup wangi nak mewangikan lagi awak. Sebab awak dah wangi sangat bagi kita.
    Awak, sampai bila pun, hanya Allah yg mampu balas wangian yg awak bg kat kita.
    Syukran tak terhingga sampai bila-bila.
    Sungguh, sayng awak ketat-ketat.. he~

    ReplyDelete
  2. Allah. Tertikam di situ.
    'Blog terbengkalai asal jangan lalai. Blog bersawang asal gigih berjuang'

    InshaAllah, kita usaha sama-sama! :)

    Setiap daripada kita mampu mewangikan dengan wangian masing-masing. JOm kita kutip wangian sama-sama & sebarkan! Kita tak nak sayang awak ketat-ketat, takut tak bernafas. Jadi, kita sayang awak kerana Allah!

    Wangikan saya selalu ^^

    ReplyDelete

Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)