'Terima kasih banyak-banyak. Bawak kereta elok-elok. Jangan laju-laju.'
'Aku dah biasa dah.'
'Kau jangan. Sorang kawan aku dah pergi. Aku tak nak sorang lagi pergi.'
Tragis. Saya menangis dalam hati. Tabahnya insan ini.
Mengimbau babak-babak memilukan. Dalam perjalanan pulang dari COMPASS'13 di Tanjung Lumpur, kami mendapat panggilan daripada kak Ct.K.
'KA ada? Nak cakap dengan dia kejap.'
Innalillahi wainnailaihirajiun.
Saya dengan kak Rabi di bahagian penumpang di belakang masih termagu. Apa yang berlaku?
Lantas dia mendail nombor telefon yang berkenaan.
'Kenapa tak angkat ni? Betul ke?'
'Try call orang lain.'
Lantas dia mencari nombor telefon lain untuk dihubungi.
'Salam. Eh, betul ke berita Lah tu? Dia accident dekat mane?'
Ketika itu 2 orang yang dipanggil Lah terbayang di fikiran saya dan kak Rabi. Lantas saya membuka facebook untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Ingin bertanya tapi situasi seakan tegang.
Salam takziah dari facebook PCS untuk Pengerusi mereka Allahyarham Abdullah Azhari.
Saya dan kak Rabi terpana. Kami terus membisu. Terkejut dan sebak. Biar berlainan universiti, kami turut merasai tempias pemergiannya.
Cantik aturan Allah. Perjalanan pulang ke Selangor saya dan kak Rabi bersama sahabat baik, teman sebilik arwah. Cepat juga berita tersebut sampai kepada kami. Peringatan paling tepat buat saya. Allah..
Benarlah, kematian itu adalah peringatan paling dekat dan tepat. Pemergian arwah amat dirasai. Alam juga seolah-olah menangisi. Hujan renyai sepanjang perjalanan pulang. Seorang hafiz dan pemimpin yang disegani. Keberadaannya disenangi, pemergiannya dirindui.
Allah, himpunkan kami semua di syurga nanti.
Saya mula muhasabah. Perginya arwah ditangisi insan-insan yang menyenangi beliau. Ada yang berkata, tanpa arwah kepimpinan terasa tempang namun apa yang ditinggalkan menjadi tongkat. Allah.. Layaklah pemergian arwah dirasai.
Adakah pemergian saya nanti akan dirasai? Cukup sudahkah baktiku untuk umat ini? Baik sudahkah amalan pemberat hisabku nanti? Layakkah aku disayangi dan dicintai Rabbi?
Mengalir airmata tatkala melihat newsfeed. Membaca status KA sahaja sudah cukup membasahkan kelopak mata yang sudah lama kering.
Moga Allah menempatkan arwah bersama para solihin, 'abidin, 'amilin. Al-fatihah..
No comments:
Post a Comment
Syukran!
Senyum khalifah menyubur ukhuwah :)